Iklan

Iklan Nuffnang

4 May 2015

Selamat Pengantin Baru Buat Faiq dan Wani






Sekembali dari Chennai, saya mempunyai jemputan dan jadual yang sangat padat. Ianya bermula dengan majlis pernikahan anak sahabat baik kami, Haji Abdul Nasir dan Dr Sabariah iaitu Faiq dan Wani di Taman Alam Megah sebelah pagi 1 Mei 2015 dan diikuti di sebelah malamnya dengan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya. Oleh kerana terdapat beberapa kekosongan tempat, saya membawa bersama Nelly, Juita dan Aween bersama ke majlis tersebut.






Majlis ini yang walaupun ringkas tetapi sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang berpakaian cantik anika warna. Bila bertemu, pastinya sessi bergambar tidak akan dilepaskan begitu sahaja. 







Kali ini kami diminta untuk makan bersama pengantin di meja utama. Makanan yang dihidangkan sangat istimewa dan pastinya sangat sedap dimulai dengan lamb shank dan diikuti dengan nasi briyani dengan beranika lauk pauk dan diakhiri dengan creme brulle sebagai hidangan pencuci mulut.







Keesokannya adalah pula majlis meraikan tetamu yang diadakan di rumah pengantin perempuan. Hidangannya memang sangat sedap kerana lauk pauk Kelantan dihidangkan antaranya seperti Gulai Daging Buku Besar, Ayam Percik serta kuih Akok sebagai pencuci mulut. Serasa seperti lama tak makan lauk kenduri di Kelantan, apalagi ayam percik yang telah jarang dihidangkan kepada tetamu di majlis kenduri kahwin kerana ianya agak rumit untuk disediakan dalam jumlah yang banyak, menjadikan saya makan menambah nambah.






Akhir sekali, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Faiq dan Wani. Terus terang, saya merasa sangat sebak bila melihat Faiq selamat diijabkabulkan. Saya merasa sangat rapat dengan Faiq dan adik adiknya kerana persahabatan kami dengan kedua ibubapanya sejak di zaman universiti lagi. Saya merasakan mereka seperti anak anak sendiri yang sejak kecil melihat mereka membesar sehingga kini. Sebelah malamnya pula, kami menghadiri Majlis Anugerah Kurshiah, majlis makan malam tahunan Kolej Ketiga Universiti Malaya. Tunggukan entrinya di dalam entri akan datang....



2 comments:

  1. selamat malam Azie, cantik2 semua nya pengantin dan tetamu nya, nampak pun sangat meriah tu, makanan apa lagi mmg terlebih sedap, masa ni lah tetamu tak boleh fikir pasal diet segala ni kan haha

    ReplyDelete
  2. pengantin dan tuan tanah sgt ceria..gambar2 yg cantikk..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.