Iklan

Iklan Nuffnang

19 May 2015

Biskut Coklat Chips Berkacang Sedap






Entah kenapa saya tiba tiba menjadi sangat sedih mengenangkan dalam tempoh 2 minggu lagi, Juita akan memulakan pengajian di kolej. Ini bermakna beliau akan memulakan satu tahap lagi dalam hidup selepas melalui fasa alam persekolahan. Hajat hati untuk sama sama berterawih dengan Juita pada tahun ini nampaknya tidak berkesampaian. Hati saya menjadi sangat sangat sedih dan pilu. Tahun ini, nampaknya kami akan berpuasa berempat sahaja. Itu pun jadual kerja Nana yang tidak menentu, belum tentu kami dapat berbuka atau bersahur bersama sama. Saya tahu satu hari kelak, saya pasti akan mengalami seperti mana ibubapa yang lain yang akan tinggal berduaan selepas anak anak memulakan kehidupan masing masing. Namun begitu, saya masih berharap mereka akan tinggal bersama. Maklum saya menjadi takut untuk tinggal sendirian di rumah yang begini besar, terutama apabila hubby menpunyai urusan kerja di sebelah malam. 





Berbalik kepada Juita, dia tidak pernah berpisah dengan kami sejak kecil. Hubby sangat sangat memanjakan dia. Walaupun telah berpindah ke KD, kami masih menghantar dia setiap pagi ke sekolah di USJ selepas dia enggan bertukar sekolah. Semuanya kami ikuti asalkan dia gembira dan dapat belajar dengan baik. Itulah pengorbanan kami demi melihat anak anak gembira. Saya berdoa dan berharap semoga Juita dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus dan asrama yang mungkin tidak selesa seperti di rumah sendiri. Tapi itulah hakikat kehidupan yang pasti dilalui di alam pekerjaan kelak. Semoga ianya dapat menyediakan beliau untuk menjalani kehidupan seterusnya. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut sedap yang dipelajari dari rakan jemaah surau Ad Dhuha yang membawa biskut yang disediakan untuk dirasa oleh kami. Selepas merasa sangat sedap dengan rasa manis masin, saya terus meminta resepi. Dah lama saya menyimpan resepi ini, rasanya dah lebih dari setahun. Keinginan untuk membuat cookies bertambah tambah selepas Nana membawa balik cookies yang dibeli dari kawannya. Tahun lepas juga dia membawa balik cookies yang sama yang dimasukkan sunflower seeds dan sangat rangup. Itu yang hari ini, saya memasukkan sedikit sunflower seeds.  Sekiranya terdapat lebihan doh, bolehlah dibulat bulatkan doh dan simpan di dalam freezer sehingga beku sebelum dipindahkan ke dalam freezer bag. Bila mahu menikmatinya, tinggal dikeluarkan dan dibiar dalam suhu bilik sebelum dibakar. Jadi kita dapatlah menikmati cookies yang masih panas panas setiap masa. 

Jom layan resepi yang saya salin dan olah sendiri ini. Mana tahu kalau anda mahu menyediakannya di hari raya nanti. Sangat sedap dengan rasanya manis masin sehingga cepat sahaja ianya hilang seperti iklan biskut chipsmore, sekejap ada, sekejap tak ada. Inilah resepi yang saya cari cari selama ini...




Biskut Coklat Chips Berkacang

Bahan bahan:
180 gm butter
50 gm shortening
80 gm gula kaster
1/2 sudu kecil garam
150 gm tepung naik sendiri 
100 gm tepung gandum
59 gm cornflakes - ramas kasar
80 gm chocolate chips
100 gm kekacang - almond, sunflower seeds
1/2 sudu kecil soda bicarbonate

Cara cara:
Putar butter dan gula sehingga kembang. Masukkan shortening dan kacau rata lagi. 

Satukan tepung tepung, garam dan soda bicabornat. Masukkan ke dalam adunan mentega. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan coklat chips, cornflakes dan segala kekacang. Kacau rata. 





Dengan menggunakan 2 sudu, sudukan adunan sebesar biji guli. Sudukan ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang dilenser dengan sedikit butter.





Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak. 





Nota:
Untuk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.


12 comments:

  1. Salam kak azie, thank you for sharing. Boleh confirmkan, shortening tu apa? Terima kasih.



    Rina

    ReplyDelete
  2. sy nak buat cookies ni utk menantu yg suka mkn...insyaallah...
    Ckg ctk
    Sbn.
    N.S

    ReplyDelete
  3. AsSalam... Blh share shortening tu mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Damia, pergi le kedai bakeri atau yg menjual barang barang membuat kek dan biskut, minta shortening.

      Delete
  4. assalam kak , klu xde tpung naik sndiri blh x guna tpg gndum je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi letakkan sedikit baking powder.

      Delete
  5. Assalamualaikum.. nak tanye,utk resepi ni agak-agak boleh dapat berapa biji boskut ye??

    ReplyDelete
  6. As salam... banyak resepi kak azie yang saya dah try... alhamdulillah semuanya menjadi dengan baik... tq kak azie.. doa saya semoga kak azie sukses selalu... love wani d sabahan gurl

    ReplyDelete
  7. As salam... banyak resepi kak azie yang saya dah try... alhamdulillah semuanya menjadi dengan baik... tq kak azie.. doa saya semoga kak azie sukses selalu... love wani d sabahan gurl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Aamiin. Semoga kita semua berjaya di dunia dan juga akhirat. Love you, Wani manis

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.