Iklan

Iklan Nuffnang

21 May 2015

Alhamdulillah Google Adsense Akhirnya..





Oh La Laaa. Gembira tidak terkata bila mendapat tahu yang Google Adsense telah menambah Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang disokong oleh Google Adsense. Maklumlah banyak kali permohonan saya sebelum ini ditolak dengan alasan "unsupported language". Jika ada blogger blogger yang ingin melihat cara cara untuk memohon Adsense, boleh klik di SINI. Saya pun terus menghantar sekali lagi permohonan dan dalam hari yang sama, saya menerima email meminta dikemaskini akaun serta contact detail di Google Adsense. Saya menjadi tertanya tanya sebab tidak disebut jika permohonan saya telah diluluskan.





Apalagi saya pun terus log in dan dapat melihat performance report dalam dashboard Google Adsense. Saya masih tertanya tanya apakah permohonan saya telah diluluskan. Saya pun tanpa berlengah terus menanya Pak Cik Google. Pak Cik Google mencadangkan saya melawat blog yang berkongsi pengalaman mereka dengan Google Adsense. Setelah faham, saya pun mula menambah gadget untuk diletakkan Adsense Widget. Sebelum tu bingung juga, kat mana nak di Copy n Paste Adsense Code. Tanya kawan sana sini tapi tiada jawapan. Akhirnya baca balik di blog yang dicadang Pak Cik Google. Oohh barulah faham rupanya ada 3 cara untuk meletak iklan. Boleh klik di SINI untuk membaca ketiga tiga cara. Saya guna kaedah pertama yang lagi mudah. Untuk melihat cara untuk meletak iklan di tengah blog post, klik SINI. Manakala untuk meletak iklan di antara post atau entri, boleh klik di SINI. Ikut jer langkah yang diberi dalam link yang saya beri di atas, pasti berjaya dan tak payah pening pening kepala. 

Setelah diletak Adsense Widget, 2 hari juga saya menunggu dengan penuh sabar. Akhirnya menerima email memberikan ucapan tahniah kerana permohonan Adsense telah diluluskan. Alhamdulillah... tak henti henti saya mengucap syukur.






Haaa legaa. Maklumlah bagi setiap blogger, seharusnya meletakkan Google Adsense yang boleh membantu menjana pendapatan dari iklan yang lumayan. Walaupun niat saya membuat blog ini bukan untuk financial gain tapi ianya boleh membantu saya menrealisasikan cita cita yang lain. Mekanisme untuk menjana pendapatan dengan Google Adsense ni adalah melalui Pay Per Click (PPC). Maksudnya bila ada orang lawat blog kita dan klik iklan Google Adsense yang dipaparkan maka secara automatik kita akan dapat ganjarannya. Cabarannya kena ada ramai pelawat berkunjung ke blog kita dan pelawat tersebut kena tertarik untuk menekan iklan Google Adsense di blog kita. Semuanya perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa paksaan daripada sesiapa. Amaran pakcik Google ialah jangan kita klik sendiri iklan Google Adsense di blog kita kerana ianya boleh menyebabkan akaun Google Adsense kita boleh kena tarik balik.

Sekarang ini saya masih tertunggu tunggu iklan pertama dari Google Adsense akan dipaparkan atas akaun Azie Kitchen sendiri. Apa apa pun syukur Alhamdulillah kerana Google Adsense akhirnya di sini....


3 comments:

  1. Salam kak, akaun saya dah kena blog dengan Adsense sebab ada suspicious activity. Maybe sebab saya ada try click iklan tu tapi bukan nak menipu, cuma curious dengan content nya. Akak tahu ke sebarang alternatif untuk Adsense?

    ReplyDelete
  2. Mesti banyak dapat earning dari adsense kan Kak Azie? Pelawat juta2 hihih. Kak Azie menjadi inspirasi ramai blogger2 baru. Syabas Kak Azie.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.