Iklan

Iklan Nuffnang

22 Mar 2015

Masak Lemak Cili Padi Ketam







Saya menyediakan Masak Lemak Cili Padi Ketam untuk makan malam anak anak kerana saya memang dah disahkan tak boleh sesekali makan makanan laut lebih lebih lagi ketam. Mengingatkan mereka dah lama tak makan ketam, saya pun ambillah 3 ekor dan kelihatan sangat berisi dan bertelur. Masih segar dan sangat fresh lagi isi ketam ni. 





Seperti biasalah masak lemak cili api lah yang paling sempoi. Itu yang saya suka. Kisar jer cili padi dan kunyit hidup bersama santan. Masak dengan api perlahan, taruk garam. Siaap ler. Kalau seafood, tak payah bubuh asam atau gula pun. Dah memang manis semulajadi santan tu. Kalau saya ada stok, saya akan campakkan sekali daun kunyit. Kalau guna santan pekat pekat sikit lagi sedap. Kacau dengan api perlahan sambil terus dikacau supaya kuah tak pecah minyak. 

Saya menyediakan masak lemak hari ini sebab nak habiskan santan yang dibeli sehari sebelumnya. Sayang kalau terbuang begitu sahaja. Jadi kuahnya pun tak berapa berlemak kerana santannya sedikit dan tak berapa pekat. Janji ianya sedap. Tak giteww... Kita yang buat lauk ni kan?



1 comment:

  1. sedapnyaaa. sy memang suka ketam masak lemak cili api ni. (ketam goreng pun sy suka! pendek kata sy memang suka makan ketam. hihi) tp sy xboleh mkn banyak, allergik zits kat muka.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.