Iklan

Iklan Nuffnang

11 Feb 2015

Pengat Isi Nangka Dan Kuih Biji Nangka




Hari ini selepas office saya bergegas balik ke rumah untuk mengambil pakaian dan terus ke airport untuk balik kampung melawat abang saya yang sedang dirawat di hospital USM kerana mengalami demam denggi berdarah. Saya hanya balik sendirian selepas mengetahui keadaan beliau yang agak kritikal. Harap sudilah kiranya pembaca semua mendoakan semoga abang saya kembali stabil dan pulih seperti sedia kala. Aamiin. Sebelum bertolak balik, saya ingin postkan sedikit entri berkenaan resepi dan masakan. Dah lama saya tak memasak selepas balik dari pejabat kerana ianya agak terkejar kejar untuk menunaikan solat Maghrib. Tapi hari isnin lalu, saya berjaya menyediakan pengat nangka selepas balik dari pejabat. Tapi saya tidak melakukannya sendirian sebaliknya terpaksa meminta Boy menolong di dapur. Saya diberikan 2 pek nangka oleh Kak Kamariah semasa mengaji pada hari minggu yang lalu. Oleh kerana nangka tidak banyak, saya mendapat idea untuk mengikut cara Kak Kam yang membancuh tepung pulut untuk digentel seolah kuih biji nangka. Hasilnya sangat meletup dan sedap sekali biji nangka digandingkan dengan kuah pengat. Ala ala kuih chacha lah pula. Gandingan serasi isi nangka, kuih biji nangka dan sagu.




Hari ini saya ingin kongsikan catatan kuliah Zohor Ustaz Aliff berkenaan ciri ciri orang munafik ialah bila bercakap, dia akan berbohong. Tempat bagi orang munafik adalah di dalam neraka yang paling bawah. Pemimpin yang berbuat zalim akan mendapat siksaan paling pedih. Pemimpin terdiri dari pelbagai peringkat dari pemimpin negara atau jabatan atau kampung yang diberi kuasa. Jika mereka menindas orang bawahan, akan diberi azab yang sangat pedih. Bila dikatakan azab tidaklah sama dengan azab yang ada di dunia kerana ianya adalah siksaan yang berulang ulang. Azab ini hanyalah ada di akhirat. Ahli neraka dibakar sehingga hancur kulit dan isi. Kemudian diganti dengan kulit baru dan kemudian dibakar lagi untuk dirasai azab yang pedih secara berulang ulang. Kesakitan sebenar adalah terletak pada kulit. Umpama jarum dicucuk, sakit sebenar ialah ketika jarum mengenai kulit, bukan isi. 





Orang yang terasa dizalimi atau teraniayai oleh orang atasan, ada ayat penghibur di mana kita akan menempuhi kehidupan kedua iaitu di alam akhirat. Di mana Allah akan membalas mengikut segala amalan dan perbuatan kita di dunia. Surah Ibrahim ayat 42-43. Janganlah berkata Allah lalai dari perbuatan orang yang zalim.  Allah tak lupa sedikit pun. Semua akan dicatat dari sekecil sehingga sebesar perkara. Allah tak pernah tidur seperti disebut dalam ayat Kursi. Hanya Allah menangguhkan azab buat mereka yang melakukan kezaliman. Akan tiba masanya bila mata manusia terbeliak kerana terkejut sehingga terkeluar biji mata bila melihat siksaan Allah pada hari Masyhar. Mudah mudahan kita semua dapat mengambil peringatan yang diberi di dalam Al Quran. Malahan siksaan dan azab serta pengampunan Allah disebut secara berulang ulang di dalam Al Quran untuk kita sedar dan kembali ke jalan Al Quran dan sunnah.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini....




Pengat Isi Nangka dan Biji Nangka

Bahan bahan:
7 ulas buah nangka - hiris halus
1 keping gula Melaka
2 senduk gula pasir - ikut suka manis
Sedikit garam
Santan secukupnya
1/4 cawan biji sagu

Kuih Biji Nangka:
Tepung beras pulut
Air daun pandan - dari 3 helai daun pandan

Cara cara:
Tuang air daun pandan ke dalam bekas berisi tepung pulut sehingga ianya boleh digentel dan secukup lembutnya. Ambil secubit dan gentelkan seperti kuih chacha.

Panaskan air sehingga menggelegak dan terus masuk tepung digentel ke dalam air mendidih. Tunggu sehingga ianya timbul di permukaan. Bolehlah diceduk kuih yang timbul kerana ianya telah masak. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.





Di dalam bekas lain, masak santan sambil terus dikacau. Masukkan gula Melaka dan gula pasir sehingga hampir mendidih. Masukkan isi nangka dan kuih biji nangka yang telah ditos. Kacau rata. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Bolehlah tutup api.






Panaskan pula air di dalam periuk lain sehingga air mendidih. Masukkan biji sagu yang telah dibasuh dan tos. Kacau rata rata sehingga tiada lagi kelihatan bahagian putih sagu. Boleh angkat dan disejat. Lalukan di bawah air paip mengalir. Kemudian tuangkan sagu ke dalam periuk pengat tadi. 





Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Bolehlah dimakan dengan mencicah roti.










6 comments:

  1. Semoga abang akak cepat sembuh seperti sedia kala.. Dah try sup ketam ke akak. Org kata elok untuk demam denggi..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa....tlg pos..heehhee

    ReplyDelete
  3. Semoga abang azie cepat sembuh.

    Sedapnya... kak zai suka makan pengat ini

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak.. saya baru je buat pengat pisang malam tadi. Ada lebih, bawak pegi opis, kawan2 sugggest pengat nangka lagi sedap. Bila tengok all those picture memang kecur liur.. Huhuh after this boleh try pengat nangka plak..

    ReplyDelete
  5. SEDAP NI...dah lama x buat pengat ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.