Iklan

Iklan Nuffnang

22 Feb 2015

Makan Malam Di Laman Yang Sungguh Istimewa






Telah lama sahabat kami, Yat dan suami mengajak kami berkunjung ke rumah mereka di waktu malam bagi membolehkan kami menikmati suasana yang berbeza dengan siang hari. Tat kala pintu pagar terbuka, saya terpaku melihat keindahan pemandangan sebuah villa yang bermandikan cahaya berkabus di pinggir ibu kota. Jika pemandangan indah seperti ini hanya disajikan di dalam filem, kini berada di depan mata. Sejuk dan mendamaikan dengan cahaya suram dikelilingi kabus. Sebenarnya tiada bahasa untuk diungkapkan betapa saya sangat mengkagumi idea dan kreativiti mereka. Landskapnya yang bercanda mesra dengan alam semulajadi apabila pokok pokok hutan mengelilingi bangku yang diperbuat dari satu keping kayu padu besar.






Kami disajikan dengan beef lasagna fresh dari oven terus ke meja hidangan. Menikmati hidangan malam di bawah cahaya lampu yang sangat romantik. Saya membayangkan pasti sangat istimewa jika diadakan majlis perkahwinan berkonsepkan garden wedding di sini. Hmm atau sekali sekala makan malam berdua dibawah cahaya lampu lilin.






Selepas itu, kami beredar melihat keindahan kolam koi yang sangat cantik apabila warna ikan koi terbias cahaya lampu dari dasar kolam. Saya memang sukakan air lebih lebih lagi air sungai yang mengalir di celah celah batu dengan kelibat anak anak ikan kelah. Itulah pemandangan kolam Yat di waktu malam umpama anak sungai jernih yang disimbahi cahaya. Hati sangat teruja untuk mencelup kaki dan menguis pasir di dasar kolam. Akhir sekali, kami beredar ke tepi kolam ikan arowana sambil menikmati dessert cheese cake mewah yang disediakan puteri bongsu kesayangan Yat dan hubby.




Kami meninggalkan villa indah ini dengan seribu kenangan yang terpahat di memori. Terima kasih atas layanan mesra Yat dan suami yang tidak henti henti memberikan idea dan galakan untuk kami memberi nafas baru kepada landskap di rumah kami.






6 comments:

  1. Ya Allah bestnya kawasan rumah kawan akak nie..
    kalau saya mesti malam-malam rajin duduk kat luar rumah

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..canteknya..mesti berganda2 nikmat makan beef lasagna dan cheesecake :)

    ReplyDelete
  3. wow! cantiknyaaaa taman diaa..

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat santai-santai menikmati kelazatan lasagna dengan suasana yang sangat mendamaikan hati.

    ReplyDelete
  5. Cantik nyaaaa kak azie! Sy mmg mengidam rumah yg ade laman cmni, so that once a while bole buat family dinner kat luar. Tp ade laman kecik je kat belakang, so sometimes kami bfast atau minum ptg kat situ.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.