Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jika Inilah TakdirNya....





Telah lama saya ingin menulis coretan ini namun ianya telah tertangguh sekian lama kerana ingin menjaga hati banyak pihak. Selama ini saya mendiamkan diri dan tetap tabahkan hati menghadapinya. Hari ini saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menulis sesuatu. Ya, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang namun Allah jua lah menentukannya. Apa sahaja berkaitan dengan jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan Allah. Sebagai hambaNya, saya redha dan menerima segala ketentuannya dengan hati yang terbuka. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Berdasarkan keterangan ayat di atas, saya sesungguhnya amat yakin bahawa apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersembunyi dan yang terbaik untuk semua pihak. Walaupun saya masih percaya setiap orang patut diberi peluang kedua supaya segala kesalahan dapat diperbetulkan, namun saya tidak melihat ianya mungkin berlaku. Saya juga berpegang kepada prinsip yang dalam apa apa sahaja urusan, setiap orang harus diberi peluang membuat keputusan tanpa perlu campurtangan pihak lain.

Semoga Allah memberikan kami semua petunjuk dan hidayah untuk menjalani kehidupan seterusnya. Bila cinta terlerai, sebuah hubungan dan persahabatan harus diteruskan. Cinta yang lebih baik pasti sedang menunggu. Sesungguhnya tiada kemarahan apalagi dendam di hati. Jauh sekali untuk menuding jari menyalahkan mana mana pihak. Ini semua adalah ketentuan takdir dari Illahi. Saya mendoakan yang terbaik buat semua. Aamiin.     


 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Jika Inilah TakdirNya...."

  1. Assalam,

    Allah Maha Segala2nya...kepadaNya berserah, kepadaNya mengadu, kepadaNya meminta dan bersyukur, ada hikmah dan hidayah...moga Azie terus tabah ya...kita tak tahu apa yang disediakan untuk kita di hadapan, yang pasti Allah akan memberikan yang lebih baik untuk kita, insyaAllah...sabar dan redho ya...saya tahu berckp itu mudah berbanding yang memikul, tapi saya meletakkan diri ditempat Azie utk cuba menyelaminya...moga Azie tabah...

    BalasPadam
  2. salam..macam sedih ja bunyinya kak..apa pun semoga tabah dan dpermudahkan urusan yer

    BalasPadam
  3. semoga dipermudah segala urusan kak Azie & segalanya yg terbaik...hikmah tersurat menunggu di hadapan

    BalasPadam
  4. as salam..sayu je baca entri Kak Azie..apapun saya doakan yang terbaik untuk kak Azie dan keluarga dan semoga dipermudahkan segalanya..InshaaAllah..

    BalasPadam
  5. Kenapa ni Azie!... walaupun sabar itu ada kalanya pahit... ndak tak ndak kita harus menelannya. Kuatkan hati dan semangat ya...

    BalasPadam
  6. semoga kak azie mendapat yang terbaik dari Nya...

    BalasPadam
  7. As salam.dik
    sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita. Bersabarlah andai kita hilang orang yang kita sayang pasti Allah akan meletakkan orang yang lebih menyayangi dihadapan kita cima belum didepan mata.
    bersabar dan berdoalah agak ada yang lebih baik menunggu kita nnti.
    salam sayang dari akak.

    BalasPadam
  8. Bertabahlah kak..
    Moga urusan dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  9. Sedih saya baca entry Kak Azie hari ni...apa pun harap kak azie tabah dan sabar dalam menempuhi setiap ujian dan cabaran ya..

    BalasPadam
  10. Moga terus kuat semangat dan ber blog karana kami sayang azie

    BalasPadam
  11. Semoga Azie tabah menghadapi ujian dan ketentuan dariNya...

    BalasPadam
  12. all is well insyaAllah..

    Allah tidak pernah membebankan hambanya diluar kemampuan mereka..

    ada hikmahnya disetiap kejadian

    BalasPadam
  13. Kak Ni tumpang sedih dgn spa yg Azie hadapi. Apapun kak ni doakn yg terbaik buat Azie dan kluarga.

    BalasPadam
  14. Anugerah redha di sisi Allah menunggu.

    BalasPadam
  15. Semoga Allah prmudahkn segala urusan kak azie.. Dunia ni penuh dgn ujian...

    BalasPadam
  16. Allah beri ujian kepada hambanya kerana dia sayang kepada kita... Anggap segala ujian yang datang adalah 'teguran' daripada Allah atas kekhilafan kita. insha Allah kita akan rasa tenang..

    BalasPadam