Iklan

Iklan Nuffnang

30 Dec 2014

Percutian Di Grand Lexis Mengakhiri Tahun 2014





Telah lama Aween mengajak bercuti di Grand Lexis Port Dickson yang cantik dan mempunyai private swimming pool. Tapi hajat terpaksa ditunda dari masa ke semasa kerana kesukaran mencari masa yang sesuai dengam semua orang. Setelah lama tertangguh, akhirnya kami memilih 27 Disember di mana saya mula bercuti sehingga ke akhir tahun. Itu pun Nana dan Nelly tidak dapat ikut serta kerana telah menpunyai komitmen masing masing. Saya memilih grand villa seaview kerana ingin menikmati pemandangan laut sepenuhnya. Memang cantik dengan adanya swimming pool tersendiri, ada kaca untuk melihat air laut dari lantai bilik. 








Alhamduliah kerana cuaca sangat baik semasa kami berada di sana walaupun hari mendung dengan hujan renyai renyai. Sebelum bertolak saya telah ke kedai runcit untuk mendapatkan beberapa ketul kepala ayam untuk dijadikan umpan bagi perangkap ketam, aktiviti yang saya gemari jika bercuti di villa atau chalet atas permukaan air. Sampai di PD, kami ke Supermarket untuk membeli makanan untuk anak anak sepanjang percutian. Juga mencari perangkap ketam.





Sesampai di sana anak anak mula mandi di swimming pool. Hubby menghabiskan masa dengan membaca paper sambil monitor business melalui whatsApp. Saya pula membaca buku dan sibuk mengambil gambar anak anak. Walaupun saya tidak menghabiskan 3 buah buku yang dibawa namun saya gembira kerana masa terisi dengan penuh manafaat. 








Sebelah malam, kami keluar makan di Pantai Ria Restaurant, yang menghidangkan masakan laut yang sedap. Balik bilik Aween menyambung mandi swimming pool lagi. Pendek kata percutian kami kali ini adalah dihabiskan di villa sahaja. Lebih lebih lagi cuaca sejuk berhujan. Bila terasa lapar, kami memesan makanan secara room delivery sahaja.  Sangat sejuk walaupun cuaca tidaklah berangin yang kuat. Lebih selesa berbaring di atas katil gebu dengan bantal empuk dan selimut tebal. Saya pulak rajin serve minuman untuk hubby sebab ustaz ustaz dalam ceramah selalu menekankan berkenaan pahala besar buat isteri yang melayan suami hatta memberikan minuman. Selebih itu masing masing melakukan aktiviti yang disukai. Saya banyak mengikuti berita berkaitan kejadian banjir di negeri negeri Pantai Timur yang terburuk seumur hidup saya dan juga berita kehilangan pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang sepatutnya tiba di Singapura pada pagi hari minggu. Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat akan bersabar dengan ujian ini.





Hari terakhir, semua tidak keluar bersarapan. Hanya saya dan Juita yang bersarapan di hotel. Jadi sebelum bertolak balik ke KL, kami sekali lagi singgah makan di restoran makanan laut. Membawa sekali ketam yang ditangkap untuk dimasak. Sedap dimasak salted butter. Walaupun kecil tapi ketamnya menpunyai isi yang agak padat juga. 






Dengan itu berakhirlah sudah percutian yang sangat santai sebagai mengakhiri tahun 2014 yang mencatatkan banyak ujian dan suka duka buat saya dan pada masa yang sama, Allah memperkenankan banyak doa doa saya. Syukur kepada Hadrat Illahi atas perkenan dan kurniaNya. Semoga tahun 2015 menjanjikan kecemerlangan buat saya sekeluarga dunia dan akhirat. Begitu juga buat anda semua. Aamiin. 






8 comments:

  1. Grand lexis memang best (terutama private pool-nya), saya pun dah 2x ke sini..anak2 mmg puas 'berkubang' setiap kali ke sini :)

    itu ketam2 yang ditangkap dari villa ke? banyak juga

    ReplyDelete
  2. syoknya kak dapat tangkap ketam ketam tu...banyak plak tu hasilnya...

    ReplyDelete
  3. bestnya...mesti manis rasanya ketam segar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak azie..

      Seronok lak zizah tgk percutian akak & family di grand lexis..
      Berapa ye package utk family.. Brp hari akak bermlm..
      Boleh sharing.. Tq

      Delete
    2. Wslm. Saya tak pasti jika asa package. Saya hanya mengambil 2 malam sahaja. Kos satu malam bergantung pada jenis challet. Lagi ke tengah lautan lagi mahal. Anggaran dari RM900-1200 satu malam.

      Delete
  4. Selamat tahun baru Azie. Trima kasih krana respi Azie cukup mudah tk diikuti

    ReplyDelete
  5. Bestnya bercuti dengan pemandangan laut yang indah,Selamat Tahun Baru 2015 kepada Kak Azie dan keluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.