Iklan

Iklan Nuffnang

7 Dec 2014

Jom Dapatkan Produk Ustazah Yang Berkualiti Tinggi





Saya diperkenalkan dengan produk jenama Ustazah apabila rakan jemaah Surau Ad Dhuha, Dato Seri Mohammad Isa memberikan beberapa jenis produk Ustazah kepada kami. Ianya adalah berupa bawang goreng yang sangat sedap dan rangup sehingga saya leka meratahnya begitu sahaja, Acar Buah Campuran dan juga Agar agar Kering yang sangat sedap. Comey sekali agar agarnya yang dibuat menggunakan acuan bunga bersaiz kecil. Sekejap sahaja habis dimakan. Bawang goreng jenama Ustazah menggunakan bawang yang dipilih dari anak bawang yang segar, dipotong sendiri menggunakan pisau, bukan menggunakan mesin sebab nak mengawal saiznya dan kenipisannya. Ia kemudiannya digoreng tanpa dicampur tepung serta menggunakan minyak kelapa muda supaya bawang goreng lebih manis dan rangup  serta tahan lama. Haa kehalusan dan ketelitian dalam pembuatannya memang dapat dibuktikan dengan rasanya yang enak.

Selain produk di atas, banyak lagi produk produk lain keluaran Ustazah seperti  Acar Buah, Agar agar Kering dan banyak lagi. 





Ini adalah gambar bawang goreng Ustazah yang ditabur atas Asyura Utara yang memang sangat sedap. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan stok produk produk Ustazah, bolehlah hubungi Dato Seri Mohammad Isa di nombor telefon 0176125663 atau hubungi terus Ustazah Itam 0133805096. Serious bawang Ustazah memang sangat sedap dan terjamin pembuatannya. Boleh hubungi mereka untuk membuat tempahan. Mereka boleh pos terus ke alamat rumah kita.





5 comments:

  1. Assalam. Pn Azie produk ustazah ni takde jual kat kedai atau pasaraya ke? Segan pulak nak hubungi Dato' kalau hanya nak beli sedikit untuk kegunaan sendiri sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak apa ibusya boleh mesej sb mmg Dato Seri yang suruh bagi hp dia sebab nak tolong Ustazah pun

      Delete
  2. nampak sedap bawang goreng tu Azie tapi syg jauh sngt lah nak order ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya bawang goreng tu..ala segan la pulak nk msg Dato....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.