Iklan

Iklan Nuffnang

20 Nov 2014

Team Building di Hot Spring Sg Klah





Program Team Building di Hot Spring Sg Klah kali ini memang sangat santai dan menyeronokkan. Tiada aktiviti classroom seperti kebiasaannya. Program bermula dengan aktiviti treasure hunt di beberapa check point seperti di Kuala Kubu Baru dan Tanjung Malim. Program diakhiri dengan jamuan makan malam secara barbeque. Selepas makan malam diadakan program persembahan antara kumpulan yang sangat menghiburkan dengan gelagat bersahaja staf yang mengambil bahagian. Persembahan yang mendapat tempat pertama ialah persembahan sketsa Bawang Putih Bawang Merah.





Pada malam itu juga, kami meraikan majlis persaraan seorang rakan sekerja dengan menyanyi lagu ucap selamat serta meniup lilin pada kek kecil comel. Majlis diakhiri dengan sessi bergambar sebagai kenang kenangan. Masing masing bergembira dan sporting menceriakan majlis dengan memakai pakaian mengikut tema colour block. Apa dia colour block? Pasti ramai yang tahu kan? Kalau zaman dulu, orang akan pakai warna sedondon dari kepala sampai kaki. Tapi sekarang trend colour blocking iaitu menggunakan kombinasi warna pakaian yang bertentangan dan contrast antara satu sama lain. Contoh, baju merah dan tudung biru. Ini lah fashion statement yang ramai belum berani mencubanya. Pada pendapat saya, objektif program telah tercapai apabila di majlis ini, staf berpeluang untuk bekerjasama dengan lebih erat antara satu sama lain dalam aktiviti aktiviti yang diadakan walaupun selama ini ada juga bekerjasama di dalam tugasan di pejabat tapi tidak melibatkan semua staf dalam satu masa.





Hari kedua, adalah hari aktiviti bebas di mana ramai staf mengambil peluang untuk mandi dan berendam di dalam kolam air panas yang suhunya melebihi 40 degree. Sambil berendam kaki, masing masing mencuba scrub badan dengan algae yang memberi rasa segar dan bersih. Saya pernah ke sini bersama keluarga atas jemputan sahabat baik kami, Raja Zul. Ketika itu, kami mengambil private jacuzzi.

Semasa dalam perjalanan balik, singgah makan di Gerai Nasi Bamboo yang menjual nasi yang dimasak dalam bamboo dengan pelbagai lauk pauk yang semuanya sedap sedap. Ikan baung yang dimasak asam pedas atau dimasak lemak memang tidak berbau hanyir langsung. Selepas makan, masing masing bertolak balik dengan perasaan gembira. Dengan itu, berakhirnya program Team Building terbaik yang saya rasakan setakat ini.

2 comments:

  1. Salam kak azie..gerai nasi bamboo kat mana?sue suka ikan baung. Nak masak tak reti.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, jalan masuk ke hot spring Sg Klah. Mmg orang ramai. Ada keluar di TV3 juga

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.