Iklan

Iklan Nuffnang

13 Nov 2014

Kerabu Kulat Gelam





Bila musim tengkujuh seperti sekarang ini, pasti banyak makanan eksotik yang dijual di Pekan Jelawat. Antaranya ialah Kulat Gelam, ikan keli lembut, ikan pekasam dan macam macam lagi. Masa ke Pekan Jelawat tempohari, terjumpa Kulat Gelam. Tinggal 1 tin sahaja lagi. Biasanya ia dijual dengan disukat menggunakan bekas tin susu. Terpaksalah juga beli sebab teringin nak makan kerabu Kulat Gelam yang menpunyai rasa sangat exotik. Rasanya pahit pahit kelat giteww. Jenuh jugalah kakak saya membersihkannya kerana banyak yang tak elok dari yang elok. 

Seperti biasa, kulat Gelam sedap dibuat kerabu. Saya memang suka makan kerabu Kelantan. Tak kiralah kerabu kulat Gelam, kerabu terung, kerabu timun, kerabu Bekko atau apa apa jer. Kalau kerabu Kelantan, bahan utama yang mesti ada ialah isi ikan rebus. Sambil menulis, sambil menelan air liur. Aduhaai bestnyer kalaulah semangkuk kerabu kulat gelam ni ada di hadapan saya sekarang. Sebelum layan resepi, ada sedikit pesanan buat kita semua. Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“ (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim). 

Maknanya: 
1.SubhanAllahi wa bihamdih = Maha Suci ALLAH dan Segala Pujian BagiNYA.
2.SubhanAllahil-`Azim = Maha Suci ALLAH Yang Maha Agung. Jom sama sama amalkan dan sebarkan.... 

Sekarang kita layan resepi yang disediakan oleh kakak saya, Kak Hasnah di bawah ini....




Kerabu Kulat Gelam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin susu kulat Gelam - bersih, rebus dan tos
Santan pekat secukupnya
1 ekor ikan rebus - ambik isi
3 ulas bawang merah
Garam
1/2 biji kelapa parut - digoreng & tumbuk kasar
Beberapa biji buah limau nipis - jika tak guna mangga parut
1 biji mangga muda - diparut halus 

Cara cara:
Tumbuk bawang merah dengan sedikit garam dan masukkan isi ikan. Gaul sebati. Masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan pula kelapa parut goreng dan kacau rata. Kemudian baru dituangkan santan sedikit demi sedikit secukupnya sesuai dengan kuantiti bahan yang bergaul tadi. 

Masukkan pula, mangga parut (atau air perahan limau nipis). 

Akhir sekali, baru masukkan kulat gelam yang telah ditos. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.


6 comments:

  1. unik betul namanya...kulat gelam :)

    ReplyDelete
  2. KULAT NI SEDAP DALAM TOM YAM GUNG....

    ReplyDelete
  3. macam mana rupa kulat gelam yang belum di masak ya,kak azie,saya belum pernah tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh klik link ini. http://aziejaya.blogspot.com/2013/08/kerabu-kulat-gelam-yang-sungguh-eksotik.html

      Delete
  4. Ands tahu tak, kulat gelam tu sangat pahit rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keunikan kulat gelam. Bagi yang dah biasa macam kami, pahit itu yg unik dan sedap

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.