Iklan

Iklan Nuffnang

28 Oct 2014

Sup Daun Bawang Yang Sangat Sedap




Dalam usaha nak menghabiskan daun bawang yang dibawa oleh Mami, hari ini saya masak dua lauk yang berasaskan daun bawang. Selain sup daun bawang, saya juga memasak udang goreng daun bawang. Sehari sebelumnya membuat cekodok ikan bilis daun bawang di SINI. Maklumlah daun bawang bukan tahan untuk disimpan lama lama. Selama ini bila sebut daun bawang, apa yang terlintas di kepala saya ialah untuk ditabur di dalam sup atau dihias atas masakan dan lauk pauk. Jika beli, saya hanya mengambil sepokok sahaja. Tak tahu pulak selama ini yang daun sup sedap juga digoreng dan dimakan begitu sahaja. 





Bila buntu apa nak dimasak dengan daun bawang, saya post di fb bertanyakan kawan kawan. Dari cadangan kawan kawan fb lah, maka terhasilnya sup daun bawang yang sangat sedap. Saya tak letak ayam atau udang, saya biarkan ianya kosong sahaja.

Jom layan resepi di bawah ini...



Sup Daun Bawang

Bahan bahan;
1 mangkuk besar daun bawang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
Karot - potong dadu
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Tumis bawang bawang sehingga wangi. Masukkan air secukupnya. Masukkan karot dan masak sehingga mendidih. 

Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, baru masukkan daun bawang dan kacau seketika.  




Tutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihirup begitu sahaja.






5 comments:

  1. simple sungguh menu nie...boleh cuba buat nanti...

    ReplyDelete
  2. idea yang bagus dan sihat. mesti cuba ni..sbb nak diet :p

    ReplyDelete
  3. As Salam,

    Ini mesti banyak betul stock daun bawang ye kak. Simple but looks yummy.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan akak, selalu stalk akak punya blog cari resipi tp arini tepanggil plak nk komen..sbnarnya daun bwg ni bnyk khasiatnya akak..org jepun letak daun bwg dlm setiap mskan diorg..katanya mmg utk kesihatan..hehe..nnt sy pun nk try resipi akak nih tq akak :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...kawan baik kak lailee berbangsa cina pernah bagi banyak daun bawang..pun pusing kepala tak tau nak buat apa..dypun ajar..tumis bawang putih cincang hg garing..+ cili padi potong +daun bwg potong halus2..kacau..pecahkan telur..kacau..mkn panas2 dgn nasi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.