Iklan

Iklan Nuffnang

17 Oct 2014

Ikan Bakar






Selamat petang semua. Hari ini saya bersiaran dari Hong Kong. Hahaha ini entri lama yang memang lama dibuat, cuma belum publish. Gara gara terpandang lauk Ikan Bakar yang ditayang di dalam facebook sahabat saya, Delima Zamrud, saya terus teringin hendak makan ikan bakar juga. Singgah kedai runcit beli ikan dan minta siap disiangkan. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sebelum dibalut dengan daun pisang. Sapu sedikit minyak di kuali leper dan susun lah di atasnya. Sekejap dah siap dan sedia untuk diratah.

Saya sebenarnya dah terlebih bakar apabila ikannya menjadi agak kering. Kalau ikan yang disapu garam kunyit seperti ini, saya tidak makan dengan apa apa pencicah tapi kalau suka, bolehlah disediakan pencicah kicap dengan bawang dan cili padi sahaja. Kalau ikan yang hendak dicicah dengan air asam lebih sedap jika dibakar kosong kosong sahaja.





Selamat menjamu selera dengan menu makanan sihat....


3 comments:

  1. Sedapnya..tiba2 teringin nak makan ikan bakar ..cicah pula dgn air asam..pehh..kecur air liur.:-)

    ReplyDelete
  2. Azie wat apa di Hong Kong tu....

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti Azie, sedap nya ikan bakar

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.