Iklan

Iklan Nuffnang

11 Aug 2014

Majlis Rumah Terbuka Villa Nur Qaseh 10 Ogos 2014





Alhamdulillah selesai sudah majlis jamuan rumah terbuka Villa Nur Qaseh pada 10 Ogos 2014. Majlis ini dirancang oleh suami dan anak anak. Boleh dikatakan semua sekali dari penetapan tarikh, menu, jemputan dsb. Kiranya majlis ini majlis mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan kawan kawan. Jemputan saya sendiri hanya lah beberapa orang kawan rapat sahaja. Jadi harap jangan ada yang berkecil hati jika tidak mendapat jemputan dari saya. Maklumlah majlis ini adalah majlis kecil kecilan sahaja. Alhamdulillah kerana percubaan mengambil caterer yang dikenali di rumah Dato' Karim Shah Alam sangat memuaskan hati dan rata rata maklumbalas yang diterima sangat positif. Rata rata memuji nasi dan lauk pauk, kue teow, sate, laksa dan kuah kacang, lemang serta rendang yang dihidangkan. Tidak lupa juga air cendol dan air mata kucing yang disediakan yang sangat sedap. 






Satu perkara yang sangat mengembirakan bila mengadakan majlis rumah terbuka adalah peluang untuk beramah mesra dengan jiran jiran dan sahabat handai yang telah lama tak bersua. Kalau bukan di majlis seperti ini, pastinya setahun sekali pun susah untuk bersua muka. 

Jom kita layan photo photo sebahagian tetamu yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka kami pada hari ini. Boleh dikatakan semua jiran datang. Sesungguhnya semangat kejiranan di KD8 sangat rapat dan kami saling mengunjungi. Tidak lupa juga kepada Dato' Razali, Dato' Hong dan  Haji Asnan bersama keluarga yang tiada di dalam gambar di bawah....



Dr Roslan dan Dr Ibtisan bersama anak antara tetamu terawal

Encik Khizani dan keluarga

Rozana jiran terdekat

Dato Seri Ahmad Said dan Dato Seri Mohamad Isa bersama tetamu lain

Dato' Rahim dan Dato' Abu bersama isteri masing masing

Dato Shuib bersama isteri dan cucu cucu

Hubby bersama Dato' Abu dan Dato' Rahim

Apa yang diperkatakan sehingga Dato' Zul dan Dato' Abu  tergelak....

Dato' Khalil, Dato' Puteh Rukiah bersama Dr Rogayah, 

Bersama Dato' Zul dan Datin Azlinda serta anak anak

Boss Pusat Rawatan Islam Haji Shukri dan Puan Saadiah


Rakan rakan dari zaman kolej juga hadir untuk memeriahkan majlis rumah terbuka kami. Alhamdulillah setelah lebih dari 30 tahun, persahabatan tetap kekal sehingga kini.....



Antara rakan rakan kolej yang hadir ialah Dato' Mohd Shafie Abdullah, Haji Abd Nasir Janaro, Dr Sabariah, Tuan Halim, Tuan Haji Kamaruddin, Dr Hamidah, Tuan Hairani dan Puan Zanariah

Bersama Datin Rozita

Puan Yasmin hadir bersama anak anak

Bersama keluarga Haji Abd Nasir dan keluarga Haji Fauzi

Tuan Yusran, Setiausaha Sulit TPM yang sangat down to earth

Bersama Dato Alias dan Tuan Shahrol

Puan Zanariah yang sentiasa anggun

Bersama Datin Tengku Nurzaheran, Dato' Zack, Tuan Suhaimi, Dato' Salehuddin Saidin dan Datin Nursinah Adzmi


Di bawah ini pula, adalah rakan rakan sekerja dan rakan anak anak yang telah memeriahkan majlis ini. Saya sangat gembira melihat mereka bergembira di majlis ini kerana majlis ini diadakah untuk mereka...



Antara rakan rakan Juita dari Subang Jaya yang hadir

Nellisa bersama rakan sepejabat

Rakan rakan Juita dari Subang Jaya

Rakan rakan sekolah Dr Nana Ain

Rakan rakan Aween dari Subang Jaya


Manakala di bawah ini adalah rakan rakan sekerja suami yang turut hadir serta beberapa orang rakan rapat saya sendiri...


Antara rakan rakan dari Prudential Assurance Berhad

Bersama Tuan Haji Zainal Yusoff dan isteri

Puan Fauziah dari Prudential
 
Bersama Encik Ramli dan Puan Farilah

My BFF Puan Ismati dan Puan Sarina Said

Lagi rakan rakan dari Prudential

Saudara Anuar Yaccob dan Encik Sani Abd Hamid

Antara kawan rapat saya Ecik Haszeri dan Puan Zalina

Encik Hizzad dan Puan Kamariah adalah tetamu paling awal 



Ini pula adalah geng geng jemaah surau Ad Dhuha yang sangat saya hormati dan sayangi. Di surau ini lah, kami sama sama menuntut ilmu selain dari kami berjemaah...



Bersama Pengerusi dan AJK Surau Ad Dhuha

Dato' Seri Mohamad Isa dan Ustaz Abdullah, Imam Surau Ad Dhuha



Saudara mara dan sahabat handai yang sentiasa menemani di saat suka dan duka kehidupan juga tidak dilupakan....



Sahabat semasa mengerjakan Fardhu Haji, Tuan Haji Roslan dan Puan Sabariah

Terima kasih Raja Shah, Fiza dan anak anak yang hadir

Roshada dan Aswana

Bersama Intan dan keluarga

Bersama Yatie, Sabariah dan Shikin 

Anak anak buah, Farhan dan Nur Farhana

Lagi anak anak buah Farah Aimi, Farah Anis dan Mohd Hariri 


Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir walaupun memang banyak majlis rumah terbuka di adakan pada hari hari minggu seperti ini....


8 comments:

  1. meriah sungguh majlis rumah terbuka Kak Azie, Alhamdulillah.. nmpk tetamu yg hadir semuanya seronok...

    ReplyDelete
  2. wah meriahnya..Selamat Hari Raya Kak Azie :-)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Azie, dalam gambar-gambar ni you nampak lebih kurus berbanding dari gambar-gambar dalam entri sebelum ni...

    ReplyDelete
  4. meriahnya best pulak tu byk gambar. sy selalu tak sempat bergambar...ada gambar best buat kenang-kenangan.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya buat Azie dan saya nk tanya samada puan yasmin yg dlm gambar tu prnah mnajar d kota bharu, kelantan? Kalau betul, tlg sampaikn salm saya pd dia deh.

    ReplyDelete
  6. Meriahnya...ramai yg hadir...

    PS...terima kasih atas perkongsian resipi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.