Iklan

Iklan Nuffnang

30 Aug 2014

Al Fatihah Buat Bonda





Walaupun saya telah physically and mentally prepared, namun saya tak dapat menahan tangis dan sendu apabila mendapat panggilan dari anak saudara memberitahu yang Bonda telah tiada. Ketika itu kami masih di Subang Jaya selepas menghantar Juita dan Aween ke sekolah. Baru 1 jam sebelumnya saya berdoa selepas solat subuh memohon supaya Allah meringankan bebanan Bonda dan permudahkan apa sahaja. Itulah doa yang saya panjatkan sejak Bonda tidak sihat. Saya tak sanggup melihat Bonda terbaring dalam keadaan lemah dan tidak berdaya.

Kali terakhir berbicara dengan Bonda di telefon pada 9 Ogos selepas kakak menelefon memberitahu Bonda tidak sihat dan menasihatkan saya supaya balik. Saya memang ingin segera balik selepas majlis rumah terbuka kami tapi permohonan cuti tidak diluluskan dengan alasan saya telah lama bercuti. Hmmm saya hanya mampu bersabar dan berdoa. 

Teringat di mana sebelum berangkat menunaikan umrah pada 17 Julai, kami saling bermaafan. Bonda memberitahu yang dia sentiasa memaafkan saya dan anak anak lain. Saya dapat merasakan Bonda akan pergi selepas dia memohon maaf dari saya. Bonda sangat gembira bila diberitahu tarikh keberangkatan saya ke Mekah. Memang dia sangat gembira bila anak anak ke Mekah. Sekali lagi saya bercakap dengan bonda di telefon pada awal Ogos, selepas 2 hari balik dari mengerjakan umrah. Ketika itu Bonda bercerita berkenaan lauk raya di rumah kakak saya yang menyebabkan saya sangat terliur. Dari situlah, saya memasak Gulai Kawah Kambing di SINI. Ketika itu, saya tidak diberitahu keadaan Bonda yang mulai tidak makan dan minum, saya memikirkan keadaannya adalah seperti biasa sahaja. 

Pada 14 Ogos, selepas sekali lagi diberitahu abang bahawa Bonda tidak sihat, saya memohon cuti dan terus balik sebelah petangnya. Namun saya tidak lagi dapat berbicara dengan bonda. Sayu hati kerana beliau tidak lagi berbicara dan bercerita seperti biasa. Pada mulanya dia pun seolah tidak lagi mengenali saya. Kami adik beradik dan anak anak buah membaca surah Yasin secara beramai ramai.

Hari minggu 23 Ogos, saya tidak dapat balik. Lagi pulak saya bercadang untuk balik sempena cuti Hari Kemerdekaan yang panjang. Namun manusia hanya merancang. Sesungguhnya ajal maut tidak dapat dipercepat atau ditangguh.

Pagi khamis pada 28 Ogos, sewaktu bersiap ke pejabat, anak saudara menelefon memberitahu Bonda kelihatan agak lelah. Rupanya dari pukul 5 pagi adik beradik dan anak anak saudara saya telah berkumpul selepas mendapat panggilan dari kakak. Saya memberitahu yang saya akan balik di sebelah petang. Bila saya menerima panggilan lagi sekali pada pukul 7.00 pagi saya seolah dapat mengagak mesej yang ingin disampaikan. Kata kata yang diucapkan oleh anak saudara saya itu tak mungkin saya lupakan sehingga akhir hayat. Masih terngiang ngiang di telinga. Segalanya  berlaku dengan cepat dan sangat mudah seolah orang yang tidur sahaja. Saya bergegas balik ke rumah mengambil pakaian dan terus ke airport. Saya sampai di kampung setelah jenazah hampir selesai dikapankan. Saya mengalami detik cemas dalam perjalanan kerana memikirkan pengkebumian akan dibuat selepas solat zohor. Saya merayu supaya menunggu saya. Alhamdulillah, saya tiba sebelum jenazah Bonda ditutup sepenuhnya. Alhamdulillah, wajahnya sangat tenang dan saya sangat gembira kerana seingat saya Bonda sangat tekun beribadah sejak dulu dulu lagi. Sejak kecil saya sering mengikut bonda yang selalu bergegas ke surau untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh di madrasah yang terletak agak jauh dari rumah kami. 

Selepas arwah bapa meninggal pada 13 Mei 1995, Bonda berpindah dan tinggal di pondok Pasir Tumbuh. Sejak beberapa tahun kebelakangan, Bonda akan balik ke rumah kakak di bulan Ramadhan. Namun Ramadhan tahun ini tertulis sebagai Ramadhan terakhir Bonda kerana selepas Hari Raya bonda mula tak berselera makan dan minum sehingga menjadi sangat lemah. Sebulan juga Bonda tak sihat sebelum menghembuskan nafas yang akhir dengan tenang dan mudah sekali. Saya memang tidak dapat menahan sedih kerana akhirnya Bonda meninggalkan kami buat selamanya.

Terus terang bahawa saya bukanlah seorang anak yang banyak berbakti kepada Bonda kerana tinggal berjauhan dan faktor diri saya sendiri namun di hati, saya amat menyayangi bonda kerana saya tahu Bondalah satu satunya insan yang sangat menyayangi saya tanpa syarat dan tanpa batas. Bonda sentiasa mendoakan kebahagiaan saya dan bila dalam kesusahan, doa Bondalah yang saya dambakan. Selepas ini tiada lagi suara yang menanyakan jika saya telah bersolat bila nampak saya relax, tiada lagi suara yang mengejutkan lena tidur di dini hari untuk saya bangun menunaikan solat Subuh, tiada lagi yang akan bertanya jika saya telah belajar, faham dan telah menghafal sifat 20. Tiada lagi seorang ibu yang saya cari di kala saya mengalami kekusutan jiwa. Terasa yang diri saya kini keseorangan. Tiada lagi insan yang benar benar kasihkan saya tanpa batas sempadan. Namun kenangan mendengar Bonda membaca surah kahfi tanpa merujuk kepada Al Quran semasa saya balik sempena pertunangan Kak Teh akan kekal sebagai kenangan paling indah buat saya.

Al Fatihah buat Bonda saya, Hajah Jahara Sulaiman. Innalillahi wainaa ilaihiroojiuun. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kedua ibubapa saya. Ameen.




31 comments:

  1. dapat rasa apa yang dirasai.
    saya juga ada buat entry khas buat arwah mak saya...

    semoga arwah mak kita dirahmati olehNya ..>Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. Alfatihah..salam takziah wat kak azie sekeluarga. moga roh bonda kakazie ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..amiin!

    ReplyDelete
  3. Takziah kak Azie,....semoga arwah bonda akak ditempatkan bersama2 para solihin...amin.

    ReplyDelete
  4. Takziah untuk puan azie...semoga roh bonda ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Azie, saya juga turut terkesan dgn cerita ttg Bonda Azie ni. Sedihnya saya bila baca entry Azie hga mengalir air mata. Ya Azie Allah pinjamkan Bonda kita hanya sementara sahaja. Bila sampai waktu dan ketika nya tak kurang satu saat pun Dia akan jemput balik. Takziah buat Azie dan keluarga dari saya insan kerdil ini. Semuga roh Bonda Azie tenang di sana. Alfatihah....

    ReplyDelete
  6. AlFatihah utk Bonda Kak Azie.
    Semoga Arwah di tempatkan bersama insan-insan beriman

    ReplyDelete
  7. AsSalam Azie. Al Fateha buat Arwah Bonda Azie dan salam Takziah dari kakak di Singapura ( ur silent reader ) untuk Azie sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. takziah kak.
    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.
    al-fatihah

    ReplyDelete
  9. Salam takziah, moga arwah bonda Azie di cucuri rahmat dn diberi kesejahteraan alam barzah, moga barzahnya mjdi taman syurga sblum menuju akhirat..

    ReplyDelete
  10. Salam takziah kak azie. Saya telah melalui kesedihan ini tahun 2010. Semoga roh bonda2 kita mendapat rahmatNya.

    ReplyDelete
  11. Takziah..smoga arwah bonda Azie ditempatkn di kalangan org yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailaihirojiunn.. slam takziah kak Azie..bertabahlah. Semoga arwah bonda kak Azie bersama dengan para solihin..aminnn.

    ReplyDelete
  13. Innalillahiwainnailaihirojiunn..
    Dari Allah kita datang kepadaNYA kita kembali
    Salam Takziah Azie.
    Lump in my throat bila saya baca entry Azie... terasa sesangat kepiluan hati. Ibu saya juga telah pergi selama-lamanya di awal bulan Ramadan this year.
    Semoga roh ibu2 kita selamat di sana dan bersama2 orang2 yg beriman... aameen

    ReplyDelete
  14. Innalillahi wainnailaihiroji'un..
    Takziah dan semiga kak azie tabah diatas kehilangan yang tiada galang ganti ini. Tapi jangan lupa, doa dari anak yang soleh tidak akan pernah putus untuknya di alam sana.

    ReplyDelete
  15. Salam takziah, Kak Azie... semoga bondamu tenang dan bahagia di sana..
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  16. Salam takziaah kak Azie, Al-Fatihah =(

    ReplyDelete
  17. Takziah buat Kak Azie sekeluarga

    ReplyDelete
  18. al fatihah..
    takziah kak..semoga arwah bonda akak ditempatkan di kalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  19. Takziah saya ucapkan kpd Kak Azie, semoga arwah Bonda ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..Al-fatihah..

    ReplyDelete
  20. Kak Azie.

    Salam Takziah...Alfatihah. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  21. Salam takziah dan Alfatihah untuk Kak Azie sekeluarga ..semoga arwah bonda berada di kalangan orang orang yg beriman...aamiin

    ReplyDelete
  22. Takziah Azie...kehilangan yang sangat besar dalam hidup kita ialah pemergian ayah bonda untuk selamanya. Semuga tabah dan sabar. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  23. Takziah... al-fatihah, moga Bondanya damai bertemu dengan-Nya di sana.

    ReplyDelete
  24. Takziah.Sedih hati membaca tulisan Puan.Spt sy yg kehilangan org tsayang.Al Fatihah

    ReplyDelete
  25. Al-Fatihah untuk arwah emak kak Azie...sedih dan sayu tulisan kali ini..kesedihan kehilangan orang tersayang memang amat berat bagi setiap orang lebih -lebih lagi bagi seorang anak..saya yang membaca nukilan kak Azie pun berasa sangat sedih...Sabar ya Kak Azie...semoga arwah emak Kak Azie ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

    ReplyDelete
  26. Salam takziah buat kak azie & family. Terasa sayunya. Semoga diberikan kebaikan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  27. Takziah utk K.Azie sekeluarga..Semoga sentiasa tabah & tenang selelu..Amin.

    ReplyDelete
  28. menangis baca entri ne....al fatihah buat bonda AK..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.