Iklan

Iklan Nuffnang

3 Jul 2014

Daging Rusa Goreng Yang Sangat Sedap






Saya membeli daging rusa liar di Kota Kinabalu. Di sana, daging rusa dikenali sebagai payau. Inilah kali pertama, saya makan daging rusa. Untuk mengekalkan rasa daging rusa, saya memasak daging rusa goreng sahaja. Oleh kerana saya tiba di rumah agak lewat, jadi untuk percepatkan masa saya telah memasukkan di dalam pressure cooker dalam 3 minit. Serius sangat sedap daging rusa, tekstur dagingnya yang halus dan mempunyai rasa yang agak agak seperti daging burung pula. 

Sebelum tengok resepi, jom baca dulu catatan dari majlis ilmu. Kuliah Zohor Ustaz Dr Shauqi Othman pada hari ini dikongsikan oleh sahabat saya, Haji Abdul Hanan yang menghantarnya melalui whatsApp kerana saya mengambil cuti. Kepentingan bertadabbur dalam bulan Ramadhan iaitu bulan berkat di mana bulan diturunkan Al Quran. Al Quran diturunkan di malam Al Qadar. Jadi sesiapa yang beramal dengan Al Quran akan mendapat ganjaran yang banyak. Sebaik baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran. Bukan sahaja tajwid kerana tajwid adalah peringkat asas sahaja tapi kita kena ada peningkatan. Tapi tadabbur adalah benda yang wajib dibuat, iaitu memahami apa yang dibaca supaya kefahaman akan wujud. Selepas belajar tajwid, kita kena belajar dan faham Al Quran. Yang ini kita kena buat, iaitu bertadabbur Al Quran. 

Kepentingan bertadabbur adalah kerana Al Quran untuk dihayati dan memberi petunjuk kepada manusia. Seorang professor yang membuat kajian mendapati dalam Al Quran tak jumpa percanggahan isi kandungannya berbanding dengan Bible yang banyak bercanggah. Ahli sains yang membuat kajian juga terkejut kerana mendapati dalam Al Quran terdapat berkenaan pembentukan janin yang telah ada di dalam Al Quran beribu tahun dahulu. Ini bukti Al Quran bukan dari manusia kerana manusia baru sekarang sahaja membuat kajian berhubung sains. Sedang manusia pada masa itu, hidup dalam kegelapan. Jadi sesiapa yang bertadabbur akan mendapat hidayah Allah. Belajar ilmu agama adalah sesuatu yang wajib. 

Tadabbur atau penghayatan Al Quran boleh memberi hidayah pada manusia. Tadarus Al Quran bukan sahaja membaca Al Quran secara berkumpulan. Tadarus pula mesti ada unsur pembelajaran secara berkumpulan di mana seorang baca dan seorang lagi mendengar dan memperbetulkan, jika ada kesalahan. Bila bertadabbur, baru kita menikmati ayat Al Quran. Ubat bagi hati ada 5 perkara, semua masalah adalah berpunca dari hati. Antaranya ialah, membaca Al Quran dengan bertadabbur untuk membaikkan hati supaya tenang dan seronok. 

Al Quran diturun sekali gus peringkat pertama di malam Al Qadar tapi diturun peringkat kedua pada Nabi Muhamad SAW sedikit sedikit dan berperingkat mengikut keperluan, bukan mengikut susunan. Ini semua akan kita faham kalau kita bertadabbur. Apa apa berkaitan dengan Al Quran akan dapat kemuliaan di sisi Allah. Lailatul Qadar adalah lebih baik dari 1000 bulan. Bulan Ramadhan dimuliakan kerana Al Quran. Al Quran akan memberi syafaat kepada mereka yang membaca dan bertadabbur. Surah Qadar terdapat 30 perkataan serta 114 huruf. Ianya sama dengan Al Quran yang mempunyai 30 juzuk dan 114 surah. Ianya bukan berlaku secara kebetulan. Ini menunjukkan hebatnya Al Quran. Bila kita bertadabbur, baru kita akan dapat membuat kajian....

Jom kita tengok cara saya menggoreng daging rusa, sama seperti cara memasak daging masak kicap jer...




Daging Rusa Goreng

Bahan bahan:
Daging rusa - hiris nipis
Sos tiram
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Cili merah
Halia
Kicap pekat
Sedikit cuka
Sedikit minyak

Cara cara:
Perap daging rusa dengan sos tiram dan halia lebih kurang sejam. Masukkan daging yang telah diperap ke dalam kuali, masukkan air dan masak hingga kering air atau sehingga daging empuk.

Tambahkan minyak masak, goreng daging seketika. Lepas tu, masukkan  sedikit cuka dan kicap.

Akhir sekali, masukkan cili, bawang serta halia. Kacau rata dan sedia untuk dihidang.






9 comments:

  1. Terliur tengok daging rusa nih....sedapnya..

    ReplyDelete
  2. daging rusa??hurm hurm nanti saya nak p memburu dulu baru boleh try hehe.terima kasih atas ingatan..

    ReplyDelete
  3. Salam..tumpang tanye kat mane boleh dapat daging payau nie..sye duk area papar..sementara kije sini nk jugak merase daging payau nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di KK. Kirim dg kwn yg order di area luar KK kot

      Delete
  4. kalau Tuan Mohd Zulhisyam Mohd Zaki mahu membeli daging rusa boleh hubungi saya, sekitar kota kinabalu, ada kawan saya jual.. 0148188973

    ReplyDelete
  5. sekadar berpesan, saya selalu ke sabah outstation.. pesanan dari kawan saya di sana. kalau nk beli daging payau di sana kena tengok sumber dia. kadang2 pemburu pedalaman ni bukan lah muslim. memang selalu jugak boleh beli dengan harga murah tapi yang lagi penting adalah status halal daging tersebut. sekadar pesanan. :)

    ReplyDelete
  6. thank you sahre resipi ! husband bawak balik daging rusa tak tau nak masak apa. ada resipi ni boleh la saya cuba lepas ni. :)

    ReplyDelete
  7. sup daging rusa pon sedap , tiap kli hubby oder dekat kwn mmg suruh sy masak sup ... sedap sgt πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

    ReplyDelete
  8. Sapa yg duk segamat teringin nak makan daging rusa blh hubungi nombor ni 0197733556 (rosman). Kami bela dan jual daging rusa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.