Iklan

Iklan Nuffnang

11 Jun 2014

Majlis Solat Hajat Rumah Baru Kak Ngah







Kali ini saya ingin kongsikan gambar gambar yang diambil semasa majlis kesyukuran sempena berpindah masuk rumah baru anak buah saya, Hariri dan Anis yang dipanggil sebagai Kak Ngah di Bandar Salak Tinggi. Rumah teres 2 tingkat berkembar itu terletak berhampiran dengan jalan menuju ke LCCT dulu. Walaupun, tersesat jalan namun akhirnya kami tiba sebelum solat hajat dilakukan. Cukup meriah kerana abang dan kakak dari kampung ada bersama di samping anak anak buah yang memang bekerja di sini. Kalau dulu, saya keseorangan di sini tapi kini telah ramai anak saudara yang bekerja dan tinggal di sini.




Selepas solat hajat, barulah jamuan makan malam yang merupakan nasi tomato berlaukkan daging, ayam masak merah, dalca serta papadom. Memang sedap lauk ayam masak merah sehingga saya menambah meratah juga. Lebih lebih lagi bila tengah lapar kerana jamuan makan bermula hampir pukul 10 malam. Tambah seronok bila makan beramai ramai dengan anak anak buah.


 



Selepas makan sambil lepak lepak di hadapan TV menonton perlawanan bola sepak, saya ambillah kesempatan mendokong cucu cucu saudara baru yang belum berpeluang melihat mereka sebelum ini. Rupanya ada 3 orang cucu saudara baru yang lahir pada tahun ini. Haaa yang 2 orang di bawah ini adalah Tihani dan Amani, cucu saudara yang dah lama tak bersua muka. Dah besar dan bertambah comey. Saya memang suka mengambil gambar gambar mereka. Tihani pun sangat comey dengan tudung ala ala tudung Pearl Haya. Manakala Amani pula dengan muka ala ala Korea macam Erra Fazira yang sangat cute.









Akhir sekali, tahniah buat Hariri dan Kak Ngah kerana berjaya memiliki rumah yang cantik dan selesa, walaupun baru 4 tahun mendirikan rumahtangga. Semoga rezeki sentiasa dimurahkan dan hidup dalam aman damai. Ameen.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.