Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan



Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan


Ini adalah entri tertunda yang memang saya sengaja tidak menyiarkannya. Hari saya memasak rendang ini adalah hari yang amat menyedihkan dalam hidup saya. Hari di mana saya pasrah dan membuat keputusan untuk menerima segalanya. Air mata bercucuran sepanjang hari tanpa saya menyedarinya. Ketika mengikuti Kuliah Zohor juga saya tertidur dengan lesu. Saya menjadi begitu tertekan dengan apa yang sedang difikirkan. Namun siapalah kita untuk tidak menerima takdir yang didatangkan di dalam hidup kita. Ini adalah kerana takdir Allah lah yang Maha hebat kerana PerancanganNya lah yang paling sempurna. Kita tinggalkan dulu bab ini kerana apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Segalanya yang lalu telah menjadi sebahagian dari sejarah hidup kita.


Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan


Namun sebaik sampai di rumah, saya gagahkan diri untuk ke dapur memasak Rendang Ayam Minang ini bagi menghilangkan kedukaan yang bersarang di hati. Semuanya berbaloi apabila melihat anak anak makan dengan berselera. 

Kebetulan Nana juga ada di rumah selepas 2 malam berturut turut bekerja shif malam. Di samping rendang ayam, saya juga menyediakan Kacang Panjang goreng bertelur dan juga Ikan Bawal Hitam yang digoreng garing garing. Memang sedap sekali bila kuah rendang yang berminyak itu digaul dengan nasi. 

Inilah kali pertama saya memasak rendang di mana bahan bahannya telah ditumis terlebih dahulu. Kebanyakan masakan Minang memerlukan rempah rempahnya ditumis terlebih dahulu. Itulah yang diberitahu Roy yang memang mewarisi kehandalan memasak masakan Minang dari bonda dan nenda beliau. 

Saya sebenarnya mencari daun kunyit untuk dimasukkan di dalam rendang ini tetapi sayangnya tiada daun kunyit yang dijual di kedai runcit. Jom pakat pakat cuba resepi ini, walaupun nampak gambarnya tak seberapa tapi memang sedap. Siap makan menambah nambah lagi.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini yang telah salin lama dahulu....



Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan

Rendang Ayam Minang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan pekat)
4 - 5 helai daun limau purut
2 batang serai - titik
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 asam keping
Garam
Gula

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 inci kunyit hidup
15-20 tangkai cili kering

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar sehingga keluar minyak. Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Bila dah naik bau, masukkan pula ayam. 





Bila kuah telah mendidih dan ayam kecut, masukkan pula santan pekat. Kacau rata sehingga hampir pecah minyak.





Masukkan kerisik dan daun limau purut. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan bawah nya menjadi hangus. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. 



Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan

Kacau sehingga kuah menjadi kering. Bila dah nampak kering. boleh lah diangkat. Tapi saya biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan dengan nasi.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

17 ulasan for "Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan"

  1. Salam Puan Azie. Saya berharap apa jua yang menyebabkan Puan bersedih, Puan redha kerana itu ada ujian Allah s.w.t. Kita semua pasti diuji untuk menduga iman kita kepadaNya. InsyaAllah, Puan Azie akan menjadi lebih tabah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk resepi-resepi yang Puan kongsi. Saya telah mencuba kebanyakan resepi & alhamdulillah, berhasil. Teruja pula saya jadinya :) Saya berharap agar Puan Azie terus berkongsi resepi2 traditional & modern. Semoga Allah merahmati usaha Puan Azie, dunia & akhirat. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Salam,
    Pertama sekali saya nak ucapkan kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk menempuhi segala ujian. Redha dan pasrah adalah kunci bagi orang2 yang beriman. Tentang resepi2 yang Puan siarkan dalam blog Puan ianya sangat menyelerakan ( sedap2 belaka ). Seperti ayam percik tu saya dan keluarga dah cuba resepi tu dan alhamdulillah ianya berhasil. di Sabah ramai juga yang menjual ayam percik ni di pasar2 malam tetapi rasa ayam percik tu kureng sikit kerana ada sesetengah yang meletakkan rempah kari terlalu banyak menyebabkan rasa percik tu lari sedikit. tapi apabila mencuba resepi yang Puan Siarkan ianya memang sangat jauh berbeza daripada yang pernah kami beli sebelum nie. So sekarang nie resepi ayam percik puan tu dah menjadi resepi kegemaran ahli keluarga.
    Thanks for sharing

    BalasPadam
  3. nampak sedap la kak azie

    nak try la nanti .............alamak tgk gamba rendang terus lapa . macam mana nih

    BalasPadam
  4. salam kak..

    mohon share resepi ye..nnt nk try :)..bole?
    tq

    BalasPadam
  5. terima kasih resepi ni :)

    BalasPadam
  6. Boleh tukar jdi daging tak untuk resepi ni

    BalasPadam
  7. Puan azie. Saya banyak guna resepi dr bloq puan. Semua sedap. Dr x pandai masak, skrg alhamdulillah . Minta halal ilmunya yea. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Nak try buat.... tp mmber ckp mcm xssuai plak mkn ngak nasi

    BalasPadam
  9. Salam kak azie. Boleh tak bagi resepi bebola ayam isian cheese? Tqvm

    BalasPadam
  10. nak tny ayam x perlu goreng separuh masak dlu ke?

    BalasPadam
  11. Segala resepi Puan Azie mmg senantiasa mencari ikutan saya.Salam Dari Stockholm...

    BalasPadam
  12. Saya dah cuba rendang ayam minang, memang sedap. Thank you for sharing

    BalasPadam