Iklan

Iklan Nuffnang

19 May 2014

Rendang Ayam Minang Penuh Kenangan






Ini adalah entri tertunda yang memang saya sengaja tidak menyiarkannya. Hari saya memasak rendang ini adalah hari yang amat menyedihkan dalam hidup saya. Hari di mana saya pasrah dan membuat keputusan untuk menerima segalanya. Air mata bercucuran sepanjang hari tanpa saya menyedarinya. Ketika mengikuti Kuliah Zohor juga saya tertidur dengan lesu. Saya menjadi begitu tertekan dengan apa yang sedang difikirkan. Namun siapalah kita untuk tidak menerima takdir yang didatangkan di dalam hidup kita. Ini adalah kerana takdir Allah lah yang Maha hebat kerana PerancanganNya lah yang paling sempurna. Kita tinggalkan dulu bab ini kerana apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Segalanya yang lalu telah menjadi sebahagian dari sejarah hidup kita.






Namun sebaik sampai di rumah, saya gagahkan diri untuk ke dapur memasak Rendang Ayam Minang ini bagi menghilangkan kedukaan yang bersarang di hati. Semuanya berbaloi apabila melihat anak anak makan dengan berselera. Kebetulan Nana juga ada di rumah selepas 2 malam berturut turut bekerja shif malam. Di samping rendang ayam, saya juga menyediakan Kacang Panjang goreng bertelur dan juga Ikan Bawal Hitam yang digoreng garing garing. Memang sedap sekali bila kuah rendang yang berminyak itu digaul dengan nasi. 

Inilah kali pertama saya memasak rendang di mana bahan bahannya telah ditumis terlebih dahulu. Kebanyakan masakan Minang memerlukan rempah rempahnya ditumis terlebih dahulu. Itulah yang diberitahu Roy yang memang mewarisi kehandalan memasak masakan Minang dari bonda dan nenda beliau. Saya sebenarnya mencari daun kunyit untuk dimasukkan di dalam rendang ini tetapi sayangnya tiada daun kunyit yang dijual di kedai runcit. Jom pakat pakat cuba resepi ini, walaupun nampak gambarnya tak seberapa tapi memang sedap. Siap makan menambah nambah lagi.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini yang telah salin lama dahulu....




Rendang Ayam Minang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan pekat)
4 - 5 helai daun limau purut
2 batang serai - titik
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 asam keping
Garam
Gula

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 inci kunyit hidup
15-20 tangkai cili kering

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar sehingga keluar minyak. Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Bila dah naik bau, masukkan pula ayam. 





Bila kuah telah mendidih dan ayam kecut, masukkan pula santan pekat. Kacau rata sehingga hampir pecah minyak.






Masukkan kerisik dan daun limau purut. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan bawah nya menjadi hangus. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. 





Kacau sehingga kuah menjadi kering. Bila dah nampak kering. boleh lah diangkat. Tapi saya biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan dengan nasi.




14 comments:

  1. Salam Puan Azie. Saya berharap apa jua yang menyebabkan Puan bersedih, Puan redha kerana itu ada ujian Allah s.w.t. Kita semua pasti diuji untuk menduga iman kita kepadaNya. InsyaAllah, Puan Azie akan menjadi lebih tabah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk resepi-resepi yang Puan kongsi. Saya telah mencuba kebanyakan resepi & alhamdulillah, berhasil. Teruja pula saya jadinya :) Saya berharap agar Puan Azie terus berkongsi resepi2 traditional & modern. Semoga Allah merahmati usaha Puan Azie, dunia & akhirat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Pertama sekali saya nak ucapkan kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk menempuhi segala ujian. Redha dan pasrah adalah kunci bagi orang2 yang beriman. Tentang resepi2 yang Puan siarkan dalam blog Puan ianya sangat menyelerakan ( sedap2 belaka ). Seperti ayam percik tu saya dan keluarga dah cuba resepi tu dan alhamdulillah ianya berhasil. di Sabah ramai juga yang menjual ayam percik ni di pasar2 malam tetapi rasa ayam percik tu kureng sikit kerana ada sesetengah yang meletakkan rempah kari terlalu banyak menyebabkan rasa percik tu lari sedikit. tapi apabila mencuba resepi yang Puan Siarkan ianya memang sangat jauh berbeza daripada yang pernah kami beli sebelum nie. So sekarang nie resepi ayam percik puan tu dah menjadi resepi kegemaran ahli keluarga.
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. nampak sedap la kak azie

    nak try la nanti .............alamak tgk gamba rendang terus lapa . macam mana nih

    ReplyDelete
  4. salam kak..

    mohon share resepi ye..nnt nk try :)..bole?
    tq

    ReplyDelete
  5. Boleh tukar jdi daging tak untuk resepi ni

    ReplyDelete
  6. Puan azie. Saya banyak guna resepi dr bloq puan. Semua sedap. Dr x pandai masak, skrg alhamdulillah . Minta halal ilmunya yea. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Nak try buat.... tp mmber ckp mcm xssuai plak mkn ngak nasi

    ReplyDelete
  8. Salam kak azie. Boleh tak bagi resepi bebola ayam isian cheese? Tqvm

    ReplyDelete
  9. nak tny ayam x perlu goreng separuh masak dlu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada masing masing.

      Delete
  10. Segala resepi Puan Azie mmg senantiasa mencari ikutan saya.Salam Dari Stockholm...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.