Iklan

Iklan Nuffnang

14 May 2014

Masak Lemak Petola





Petola adalah antara sayur kegemaran saya. Petola sedap dimasak sayur lemak putih atau dimasak air yang diletakkan sedikit lada hitam yang ditumbuk. Lain lain cara menyediakannya sama, kecuali satu menggunakan santan dan satu hanya menggunakan air sahaja. Saya memang meratah ratah begitu sahaja kerana petola ini sangat manis. Kali ini saya memasak sayur lemak sahaja. Sayur lemak begini sedap jika dimakan bersama sambal belacan dan ikan kering. Tapi saya saya hidang bersama telur masin. 





Semasa di kampung, bonda saya akan menumbuk ikan rebus bersama dengan bawang merah sebagai rencah masak lemak. Tapi sekarang ni ala ala sibuk dan malas, saya hanya menumbuk kasar ikan bilis sahaja bersama bawang merah. Sekali sekala bila teringin untuk makan resepi yang kita makan sejak kecil, barulah saya akan merebus sekor ikan kembung untuk dijadikan rencah sayur lemak putih.

Resepi ini sangat mudah sebab hanya menggunakan santan, rencah yang ditumbuk dan garam sahaja. Kalau ada stok saya akan letak 1 atau 2 biji cili merah atau cili Kelantan untuk memberi sedikit warna pada sayur lemak. Sentiasa lah dikacau. Harus diingat supaya jangan terlebih masak pulak, nanti terlebih lembik sayur petola ini. Masak seketika sahaja sebab sementara kuah sejuk, sayur akan menjadi lebih lembik. 




Haa adik adik yang baru belajar memasak, boleh mencuba resepi mudah ini untuk hidangan. Atau pelajar pelajar Malaysia di luar negara yang sebelum ini mungkin tak pernah ke dapur, bolehlah mencuba resepi ringkas ini. Kata Tuan Haji Kamaruddin, ramai kawan anaknya, Irfan yang belajar di Dublin menjadikan blog Azie Kitchen sebagai rujukan dalam menyediakan masakan Malaysia. Alhamdulillah, ada juga manafaat blog saya kepada pelajar pelajar Malaysia di luar negara. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat membantu mereka.



2 comments:

  1. salam Azie.

    Harap bertambah sihat. Blog Azie byk jd rujukan ita juga sebab rasanya selera kita serasi.
    Masak lemak putih memang sedap campur dengan isi ikan yang ditumbuk. Ini mungkin cara orang Kelantan sebab yang ajar ita tu seorang kawan yang lama juga menetap di kelantan. Teruskan berkongsi ye Azie Sedap!...hihihi...

    ReplyDelete
  2. Saya silent reader blog awak, tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.