Iklan

Iklan Nuffnang

4 May 2014

Kek Buah Kukus Lembab dan Sangat Sedap







Entah kenapa hari ini tiba tiba jer terasa nak membuat Kek Buah Kukus lebih lebih lagi memikirkan mixed fruits yang dibeli sudah hampir tarikh luput. Balik dari klinik di USJ kerana serangan gastrik, terus ajak Boy singgah di Bake With Yen yang baru dibuka di seksyen 8. Seperti yang saya tulis dalam entri Kek Buah Campuran Kak Leen di SINI, saya amat menggemari Kek Buah Kukus yang di buat oleh kakak ipar saya, Norazleen yang saya panggil Kak Leen terutama di musim perayaan. Kalau tak silap resepi dipelajari dari kelas masakan. Saya memang suka Kek Buah Kukus yang dibuatnya kerana secukup rasa jer kemanisannya serta moist. Ketika beraya ke rumah Kak Leen beberapa tahun dulu, saya berkesempatan membelek belek buku resepi beliau, apalagi saya terus menyalin resepi Kek Buah yang menjadi kegemaran saya ini. Kek ini bersaiz agak besar dan masa mengukusnya adalah minimum 4 jam tetapi kalau hendak betul betul sedap, bolehlah dikukus sehingga 6 jam. Saya hanya mengukus selama 5 1/2 jam sahaja.





Saya pernah membuat Kek Buah Kukus di SINI tapi saya rasa ianya terlalu lembab dan agak manis. Kalau diperhatikan resepi Kak Leen ni sama sahaja dengan resepi yang saya gunakan di atas. Yang berbeza hanyalah sukatan mentega, gula dan telur yang digunakan sahaja. Resepi kek Buah Kukus saya yang kedua di SINI, pun juga sedap. Kalau diperhatikan resepi antara kek dengan kek yang lain tak banyak berbeza. Selain Kek Buah Kukus, saya juga mencuba resepi Kek Buah versi Bakar dari Kak Leen, boleh dirujuk di SINI. Resepi Kek Buah Versi Bakar ini adalah salah satu dari "a keeper recipe" untuk penyediaan kek Buah saya di masa akan datang. Hahaha saya suka Kek Buah yang ringkas dan cepat disiapkan, berbanding dengan dikukus yang mengambil masa yang lama. 

Kek Buah Kak Leen versi Kukus kali ini sangat lembab, sedap dan tahan lama walaupun hanya dibiarkan di atas meja. Semasa adunan gula sedang disejukkan, saya merasa sedikit air gulanya, memang sangat sedap dengan rasa karamel. Jika suka manis, bolehlah menggunakan gula sebanyak 700 gram. Saya sangat berpuashati kerana akhirnya berjaya menghasilkan Kek Buah yang menepati citarasa saya yang setanding dengan Kek Buah yang dibeli di The Coffee Bean suatu ketika dulu. 

Jom layan resepi dulu....



Kek Buah Kukus Lembab dan Sedap
Loyang saiz: 10"

Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak

Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat 
1/2 sk cream of tartar 
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak

Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk

Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair. 





Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.





Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Jangan terlebih kacau takut buah mendap.





Masukkan adunan ke dalam  bekas saiz 10-12" dan kukus selama 4 - 6 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api.  Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.





Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.





Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum dipotong.






Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren sunquick atau epal atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin lama kek makin sedap dan berkilat. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun. Terima kasih pada Datin Naini Drahman atas petua ini. 

Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan. 




47 comments:

  1. kek buah kukus jugak kegemaran sy & hb.
    len kali nak try yg ni pulak

    ReplyDelete
  2. waduh kakazie..tgk potongan kek tu pun saya dh kecur liur ni!

    ReplyDelete
  3. Nk cuba la weekend ni.. hr tu slh resepi.. buah mendap

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..terima kasih kak azie atas perkongsian..Baru tengok dah nampak sedap..Ini alamat blog saya. http://kekbuahbakar.blogspot.com/ . Jemputlah ziarah..Boleh kita bertukar-tukar pandangan dan pendapat. =)

    ReplyDelete
  5. Sy sedang mencuba ni. Doakan semoga menjadi😊 tqvm for the recipe

    ReplyDelete
  6. Salam.. akak terima kasih resepi best. First time buat terus jadi. Ayah saya pun suka.. Terima kasih sebab jujur dan ikhlas dalam berkongsi. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. amin... ^_^

    ReplyDelete
  7. Salam Azie...
    I dah try buat ikut resepi di atas...cuma.... mixed fruits i x masukkan skali dlm gula hangus..instead i gaulkan/masukkan dlm tepung dan ikut step selanjutnya....

    *Telor i whisk hingga berbuih...

    Result: kek tak berapa moist n tak jgk kering sgt....tak seperti yg i harapkan..

    Question: Apa yg menyebabkan kek kering?

    ReplyDelete
  8. Saya mengikut setiap step resipi kek kukus dan tips yang puan berikan 100% dan hasilnya kek menjadi, sedap dan lembab. Pertama kali saya buat kek kukus untuk Kenduri Majlis Kesyukuran. Tetamu memuji dan ada yang minta 'tapau'. Terima kasih kepada puan yang berhati mulia, menurunkan ilmu dengan ikhlas. Saya telah lama mencari resipi bagi Kek Kukus dan saya terpaut dengan resipi yang puan berikan. Moga Allah memberkati puan sekeluarga, InsyaAllah. Amin.

    ReplyDelete
  9. sedapnya.InsyaAllah akan buat dlm masa terdekat :)

    jemput singgah ye kawan2 ke www.sahabatsihatanda.wordpress.com

    ReplyDelete
  10. Dah cuba...mmg sedap lembut jer..lembab..

    ReplyDelete
  11. Nk try...mcm sedappp...x sabar nk carik bhn...

    ReplyDelete
  12. Salam kak...dah try..menjadi gak..rasanya mcm pahit skit n masa di leraikan dari try banyak minyak di permukaan bawah..memang macam tu ke...

    ReplyDelete
  13. Dah try smalam....nyum nyummm puas hati..sy buat separuh adunan sbb konon tkut x jadi hihihi

    ReplyDelete
  14. Salam puan! Ive tried it and mmg sedap mA! My husband, mom and aunties and uncles loved it too! Thanks a lot for sharing!

    ReplyDelete
  15. salam puan azie! nak tanya, ive cooked this twice and yes both times mmg sedan mA! tp why eh the top part tu ada parts yg very soft like yellowish while the rest cooked all till brown? and when i simpan dlm aluminium foil in a tupperware bila bukak after one or 2 days that part will have fungus grow on it. errk.. how do i avoid this soft part eh? and make it all brown on top? please help!

    ReplyDelete
  16. Ada buat stock tak? Sy nak beli...call sy boleh 0193204007

    ReplyDelete
  17. Salam puan.. kalau saya gunakan adunan n sukatan seperti diatas.. tetapi saya bahagikan dalm loyang2 yg lebih kecil.. berapa lama saya perlu kukus kek ni.. atau cara nak pastikan kek dah masak.. TQ sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah tak melekit di lidi atau tester, tandanya dah masak. Kalau kukus lagi lama, lagi tahan di simpan lama.

      Delete
  18. Assalam kak azie , loyang x perlu di lenser dgn majerin dan letak kertas minyak ke??

    ReplyDelete
  19. mohon copy resepi, tqvm

    Sarah Nilda

    ReplyDelete
  20. mohon syer resepi ye puan.. tq so much..

    ReplyDelete
  21. 👍gonna use this recipe.. the kek looks delicious n moist. And the color also cantik.

    ReplyDelete
  22. kak kita minta resepi ni ye. nampak terlalu sedap keknya. terima kasih ye kak

    ReplyDelete
  23. Sy sedang mengukus ni..hrp2 menjadi la mcm kt gmbr tu..thanks share resepi.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih diatas perkongsian resepi kek buah lembap...ibu saya sudah pun mencuba dan sangat2 sedap.

    ReplyDelete
  25. Sata dh buat...mmg sedaaappp sangat.tq for sharing

    ReplyDelete
  26. Terima kasih krn berkongsi resepi yg sedap kak azie :)

    ReplyDelete
  27. Salam..minta halal resepi ye..sy suka ambl resepi dr blog Akak.hr ni nk cuba kek buah lak..tq kak share resepi

    ReplyDelete
  28. minta izin kongsi resepinya yer...termasuk resepi2 yg lain juga...tqvm

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum..mohon share resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nmpak sedap jer,mntak izin copy resepi ye,tqvm

      Delete
  30. Assalamualaikum Kak azie. Saya nak Tanya, cream of tar2 ni untuk APA yer? Kalau saya tak letak jadi tak kek buah saya? Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walm. Fungsi utk melembutkan. Boleh dptkannga dj kedai bakeri.

      Delete
  31. Dah lama cari resepi yg sedap.. Halal ye resepinya.. Mmg saya akan cuba!

    ReplyDelete
  32. Tq resepi sis...halalkn ilmu yg dikongsi..ingt nk post pic kat sini x blh lak..

    ReplyDelete
  33. Salam Kak Azie, saya dah cuba buat kek buah ikut resepi kak azie.. Ini kali ke 4 saya buat.. Harap2 kali ini moist.. Pertama kali saya buat menjadi, even tak letak cream of tar tar... Tapi kali kedua and ketiga saya buat separuh adunan jer.. Smua saya bahagikan dua bahan bahannya (serta kurangkan 50gm gula sbb suami ckp yg pertama kali buat agak manis).. Tetapi kek tidak selembab yg pertama kali saya buat.. Dan agak kering.. Kenapa yer.. Adakah di sebabkan oleh gula? Atau bila kita buat separuh sukatannya lain..
    Dan lagi satu, kalau nk nampak warna kek kelihatan gelap, kita masak gula sampai gelap yer?
    Thank You so much kak Azie..

    ReplyDelete
  34. Assalam..Kak Azie.saya Zie.Nak tanye kak Azie...telur tu pukul sekejap kan .maksudnye sampai berbuih saje ke?tq

    ReplyDelete
  35. Salam k.azie. nk tnya,boleh kek kek kukus ni dikukus 2 layer pengukus serentak? Sy risau layer kat atas tak brp masak plak.

    Tq k.azie

    ReplyDelete
  36. K.azie ni kencing kuat lah...saya dah try da resepi ni..pahit...x sedap..mcm rasa taik anjing...buat malu je dgn kawan2 saya yg datang melihat serta menjadi tukang rasa setelah dipaksa menjadi perasa...membazir duit aku je beli bahan2 semua...ko ganti balik duit aku kak azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahit sebab awak dah hanguskan gula tu sampai jd arang..itu yg rasa pahit

      Delete
    2. Memang ada orang macam si Abdul Hadi ni. Bila sendiri buat silap, salahkan orang, salahkan resepi. Saya pun pernah buat masakan tak menjadi. Tapi tak pernah pulak saya menyalahkan orang. Apa lagi nak minta ganti rugi. Macam lah dia beli dan bayar resepi pada saya.

      Delete
  37. Salam kak..sy mohon untuk buat jual guna resepi akk.

    ReplyDelete
  38. Tqvm Azie. Cuma kak 1/2 adunan ja

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum. Boleh ke kalau sy pakai resepi ni tapi sy bakar guna kaedah waterbath tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek ini perlu dibakar dalam masa yg lama menggunakan api kukusan yg kuat. Berapa kali utk kita menambah air dalam oven? Nasihat saya kukus secara konvensional

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.