Iklan

Iklan Nuffnang

20 May 2014

Kacang Goreng Telur





Kacang panjang adalah antara sayuran yang menjadi kegemaran saya. Goreng ringkas tetapi pastikan kacang tidak terlalu lembut, pasti lagi sedap. Selain itu, saya juga gemar memasukkan kacang panjang yang dihiris kecil ke dalam nasi goreng. waaa heaven...sedap giler kata orang sekarang ni. Zaman zaman dulu arwah ayah menanam sendiri kacang panjang dan dipetik bila hendak dimasak. Saya sendiri seronok jika berpeluang untuk memetik kacang panjang. Sambil sambil memetik, saya akan meratah kacang panjang muda yang sangat rangup. Tapi hairanlah dengan budak budak zaman sekarang yang tidak suka makan sayuran. Macam mana nak buat tu? Macam mana pula mereka hendak mendidik anak anak mereka tentang khasiat sayuran. 

Selain kacang panjang yang digoreng dengan telur, kami biasa menyediakan cendawan yang digoreng dengan telur. Cendawan kecil kecil yang biasanya didapati di batang batang pokok. Memang sedap dan sekali rasa, macam makan daging lah pulak. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini. 



Kacang Panjang Goreng Bertelur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ikat kacang panjang
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji telur
1 biji cili merah
Garam
Gula
Sos tiram - jika suka

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. 

Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau rata. Masukkan kacang panjang dan garam serta gula. 

Kacau rata sehingga kacang agak lembut, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api.



2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Syukur sebab sy bertemu blog ni.. Mmg trcari2 blog yg mcm ni.. Simple dan padat utk dibuat rujukan, siap ada gambar lagi.. Saya trcari2 menu kelantan.. Setakat ini sy telah jumpai di sini.. Terima kasih pd pemilik blog.. Smogs sama2 mendapat manfaat..

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Azie! I love long beans too. The way you cook it is what I really love. Raw kacang panjang eaten with sambal belacan as ulam is also my favourite way of eating it.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.