Iklan

Iklan Nuffnang

30 May 2014

Jus Untuk menurunkan Kadar Gula Dalam Darah




Bila ujian datang melanda, tandanya Allah mahu kita kembali mendekatinya. Sejak dari tahun lepas satu persatu, masalah kesihatan melanda bila mana saya disahkan mengalami allergik dengan makanan tertentu seperti tepung gandum, daging, yis serta makanan laut. Sejak itu, pilihan makanan untuk saya menjadi sangat terbatas. Saya hanya boleh mengambil nasi, ayam dan ikan serta sayuran. Bila asyik mengambil nasi pagi dan petang, tanpa saya sedari kadar gula di dalam darah meningkat. Saya memang sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan kadar gula sentiasa dalam keadaan yang normal.





 
Oleh kerana pengambilan sepinggan nasi menyamai 12 sudu besar gula, tanpa kita sedari kita telah mengambil makanan yang mengandungi gula tersembunyi yang banyak. Saya membuat sedikit research dan menanyakan kawan kawan berkenaan makanan yang boleh diambil. Sahabat saya, Dr Sabariah memberikan senarai makanan serta mencadangkan supaya mengambil jus peria yang mengandungi kadar insulin semulajadi yang tinggi. Oleh kerana jus peria tentunya pahit, jadi saya kisarkan sekali 1 biji buah epal dan 6 inci batang celeri bersama sedikit air sejuk.





Kalau ada sesiapa yang mengalami masalah kadar gula dalam darah yang tinggi, bolehlah mencuba jus ini. Jika tidak dicegah dengan cepat, pelbagai penyakit boleh singgah terutamanya penyakit kencing manis. 


6 comments:

  1. bagus jugak idea campuran ni...sebab ramai gak kalangan senior kat opis tu yg mengeluh dek kerana peria katak yg pahit tu... ^_^

    ReplyDelete
  2. Saya syorkan kak azie amalkan jus jussulin #potong gula jangan potong kaki #royaljussulin. Mmg berkesan potong gula yg ada dlm badan tanpa berpantang makan manis . Info lanjut whatsapp 0183758320.

    ReplyDelete
  3. Kasiat daun misai kucing

    Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

    ReplyDelete
  4. Kalau peria biasa yg dibuat sayur menjadi tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi agak kurang keberkesanannya. Peria katak lebih pahit. Itu yg sgt bagus.

      Delete
  5. peria katak tu berapa biji diperlukan untuk diblend bersama epal dan celeri? terima kasih :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.