Iklan

Iklan Nuffnang

25 May 2014

JJCM Yang Paling Singkat ke Pulau Pinang





Memang telah lama Saya tidak ke Penang apalagi berduaan dengan hubby. Kami melakukan perjalanan singkat ke Penang untuk makan tengahari dan balik semula bermalam di Ipoh. Hubby melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih belum dilalui oleh banyak kenderaan. Agak lengang kerana tidak banyak kenderaan di ketika itu.

Sesampai di sana, kami terus mencari restoran untuk makan tengahari kerana saya tidak mengambil sarapan. Hanya makan sebiji mangga manis yang Nelly belikan untuk saya. Saja jer tak nak makan sebab takut terlebih makan pulak. Sekarang dalam agenda mengecilkan sedikit badan.

Kami menuju ke Restoran Hameediah yang lauk lauk nya sangat sedap terutama telur sotong kegemaran saya. Saya meminta hubby memilih lauk selain telur sotong yang saya pilih sendiri. Hubby memilih kari ikan, kari kambing, ayam goreng dan acar timun. Di sini juga sangat terkenal dengan martabak yang menggunakan resepi rahsia. Kami bungkus martabak dan telur sotong. Sebelum balik saya juga beli 1/2 kilo rempah Hameediah yang dikatakan diguna untuk semua jenis masakan yang dimasak di restoran ini.







Dari situ kami menuju pula ke Chowrasta untuk membeli buah pala dan mangga jeruk. Kami singgah di gerai Bakar Nordin yang berbasikal ke London suatu ketika dulu. Mereka jual jeruk jenama D'jeruk KITA yang halal. Harganya lebih murah dari jeruk Pak Ali. Memang rangup jeruk nya.






Kemudian hubby membawa saya minum di gerai menjual cucur udang yang terkenal. Memang ramai sekali pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa sedang menikmati cucur udang waktu itu. Tapi kalau dah makan dalam keadaan kekenyangan tu, berapa banyak lah yang mampu dimakan. Kami hanya order 1 pinggan sahaja.






Hajat hati untuk bungkus sup Hameed terpaksa dilupakan sebab gerai belum dibuka. Kami terus balik sebelum jalan raya mulai sesak bila orang pejabat mulai balik dari pejabat menuju ke Ipoh dan check in hotel. Berakhirnya perjalanan JJCM paling singkat di Penang. Kami balik dengan melalui jambatan Pulau Pinang pertama sebagai melengkapkan perjalanan.

Sesampai di hotel, saya dan hubby makan pulak martabak Hameediyah yang memang sedap walaupun dah sejuk. Sebelah malam, seperti biasa kami keluar makan nasi goreng ikan rebus di Dataran Bandaraya Ipoh. Kebetulan terjumpa dengan kawan kawan hubby dari Prudential. Kali ini saya menambah ikan sehingga 3 ekor. Alaaa kecik jer ikan nyer. Hahaha cuba nak justify kenapa banyak ekor ikan yang dimakan lak.






7 comments:

  1. suka baca kisah kak azie ni, walaupun anak dah besar-besar, kak azie tetap seperti pasangan bercinta. Bertuah kak azie dikurniakan pasangan yang sangat penyayang. Semoga Kak Azie berbahagia sehingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. teringat pergi penang 2 minggu lepas.. tp sebab kelam kabut, dek kerana hari sabtu hujan sepanjang hari. hari ahad pukul 4 ptg dah kena balik naik bas. tak berjalan sangat. lain kali memang kena pergi lagi ni.. hihi.

    ReplyDelete
  3. Kak Azie, saya sangat suka ikut blog akak. Dok nyalin resepi and mencari masa nak try satu. Tenkiu ye share. Moga akak di kurnaikan kesihatan yang baik dan murah lagi rezeki. Aminn

    ReplyDelete
  4. Seronok jalan-jalan pulau mutiara. Sana memang terkenal dengan makananya kan akak.

    ReplyDelete
  5. waaaaah kak.. hebatlah datang penang dari ipoh hanya nak lunch *thumbs up*
    hahaha saya yg dok penang ni x penah p lagi kedai cucur udang tuh.

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt hubby yg penyayang,mudah-mudahan hubby saya pun begitu.Aminn...

    ReplyDelete
  7. KAK azie..saya minat sangat dengan blog kak azie ni..dari situ saya banyak belajar buat bermacam-macam hidangan...emm..semuanya best-best sebab senang diikut step by step...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.