Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambutan Hari Jadi Di Restoran Serai Empire Gallery Mall





Entri kali ini masih lagi berkisar tentang hari jadi saya. Selain meraikan bersama rakan sepejabat, bersama anak anak, kami juga meraikannya sekali lagi bersama sahabat sahabat yang telah diadakan di Restoran Serai di Empire Gallery Mall, Subang Jaya. Hubby menjemput Dato' Salehuddin dan Haji Kamaruddin bersama keluarga masing masing untuk bersama sama meraikan hari yang istimewa ini. Dr Aziz pula tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan di outstation. Saya percaya hari istimewa seperti ini akan lebih meriah jika dapat diraikan bersama sahabat yang juga istimewa dalam hidup kami. Mereka adalah teman rapat sejak lebih 30 tahun dari zaman universiti lagi.





Pemilihan Restoran Serai dibuat selepas mengambilkira cadangan Dato Saleh. Saya sebenarnya belum pernah ke sini walaupun banyak kali terbaca mengenainya. Terkejut juga melihat a long queue di hadapan pintu masuk restoran ini. Nasib baik kami tiba lebih awal untuk membuat tempahan dan bersolat Maghrib di Empire. Jika tidak, pastinya agak sukar untuk mendapat tempat bagi memuatkan bilangan yang ramai.

Nelly dan Nana telah menghadiahkan sebiji kek fondant yang sangat istimewa kerana ianya berhiaskan replika handbag Chanel yang merupakan handbag yang paling saya minati. Inilah kali pertama saya menerima kek fondant. Terima kasih Kakak dan Adik atas hadiah kek yang comel ini... 







Makanan di sini memang sedap sedap semuanya. Selain Serai Platter, saya juga telah dihidangkan dengan Salmon. Haaa birthday girl mendapat 2 pinggan sekali gus, gara gara terlupa cancel order menu pertama. Selepas makan makan, diadakan acara memotong kek harijadi. Hmmm malu malu saya bila dinyanyikan dengan lagu hari jadi yang juga disertai pelayan restoran. 






Terima kasih tidak terhingga pada hubby, anak anak dan sahabat sahabat yang telah sudi hadir di majlis yang tidak seberapa ini. Terima kasih atas hadiah dari Dato Saleh dan Haji Kamaruddin. Sebenarnya kehadiran anda semua sudah lebih dari memadai...









Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Sambutan Hari Jadi Di Restoran Serai Empire Gallery Mall"

  1. Assalam..

    Sanah Helwah akak... wlupun x mengenali akak..saya doakan akak sihat2, panjang umur & bahagia dunia akhirat..amin..

    BalasPadam
  2. hepi besday kak azie..semoga dikurniakan kesihatan yg baik dn syurga di sana nanti..amin

    BalasPadam
  3. Assalam, Selamat Hari Lahir semoga d beri kesihatan yg berpanjangan, bahagia d dunia & akhirat, Amin...

    BalasPadam
  4. Happy Born Day..wish u being the happiest woman in this world...

    BalasPadam