Iklan

Iklan Nuffnang

31 Mar 2014

Masak Lemak Cili Padi Ketam







Selain ketam untuk dibuat Sup Ketam untuk Datin Nursinah di SINI, hubby juga membeli beberapa ekor ketam untuk dimasak Masak Lemak Cili Padi sebagai hidangan makan malam untuk anak anak. Jadi saya memasak 2 lauk serentak. Di samping menyediakan sup, saya juga menyediakan masak lemak. Inilah lauk yang paling saya suka kerana terlalu mudah menyediakannya dan sedap pulak terutama kalau menggunakan udang atau ketam.

Saya sekarang ni, kalau memasak apa apa pun suka menggunakan kuali dari periuk. Senang nak mengacaunya. Bila dah masak, barulah dipindahkan ke dalam periuk. Kuah masak lemak saya hari ini agak cair kerana menggunakan santan yang dibeli di kedai. Saya lebih suka kuah yang agak sedikit pekat.

Jom kita tengok resepi Masak Lemak Cili Padi asli Nogori. Kalau guna makanan laut, cuma perlu masukkan garam sahaja. Tak perlu asam keping dsb. Kalau suka, boleh juga dimasukkan sedikit daun kunyit. Tapi saya tak ada stok, jadi tak lah memasukkan daun kunyit. 


Masak Lemak Cili Padi Ketam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ketam
1 pek santan
4 -6 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara cara:
Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ketam.






Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.





Selamat mencuba....


24 comments:

  1. Azie, this looks delicious! I would prefer to use other seafood because I am too lazy to peel the crabs :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. My children dont know how to peel the crab too. So many wastage. Nnt i lah yang akan korek isi nya.

      Delete
  2. erm..yummy...
    mesti cuba ni...thanx for the recepi...

    ReplyDelete
  3. Sedap..meleleh air liur mak buyung...nak buat jap lg.. tq atas resipi.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam...blog yang menarik...jom follow blog saya http://wanynornid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Wahh sedapnya masak lemak cili api ketam ni ...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  6. Omg looks coming looks so simple. K nak masak skrg...

    ReplyDelete
  7. Kak azie, knape sy msk kuah ni rase pahit ye? Sbb serai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde tulis serai pun dlm tu. Kan ke cili padi, santan ngn kunyit hidup je. Heheh

      Delete
  8. Ptg ni nk wat utk menu berbuka.simple ja resepi k.azie.thnxs

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Saya selalu gunakan resipi kak Azie untuk cuba pelbagai masakan. Alhamdulillah semua menjadi.

    Today baru first time nak cuba masak lemak ketam. Nak saji untuk semua families sempena gathering. Hope it turns out to be as good as yours inshaAllah

    ReplyDelete
  10. ya allah xtahu nk ckp mcm mana..
    just boleh ucap terima kasih pada kak azie..sy baru j kawen 3bulan memnag x pandai masak...banyak kali sy search resepi kat google kebanyakan buat x menjadi..tapi bila sy ikut resepi kak azie x penah lagi x menjadi..mesty semua menjadi..husband pun ckp manja masak sedap lah macam x percaya j padahal sebelum ni x seberapa.haaaa nampak x kak azie husband pun puji..sejak husband cakap mcm tu apa lagi memang sy set dlm otak nama kak azie hehe..ppe j sy nk masak msty sy search google..kalu nama kak azie keluar tenang lah sy nak masak..tapi kalu nama kak azie x keluar memang pening lah nk masaka haha..terima kasih sangat2 kak azie sbb share resepi yg sangat ringkas..love kak azie..semuga di murah kan rezeki di beri kesehatan n kebahagian..amkin

    ReplyDelete
  11. As salam sis, bahan kisar seperti bawang tak de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. resepi asli nogori hny guna kunyit dna cili padi sahaja. sedap

      Delete
  12. Wah senang nya nak buat . Hari ni nak try masaklah

    ReplyDelete
  13. meleleh air liur tengok.. aih kena cuba ni. hehehe

    ReplyDelete
  14. Salam kak.. resepi ni boleh tak kalau gantikan dgn ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh guna apa sahaja.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.