Iklan

Iklan Nuffnang

16 Mar 2014

Ikan Bilis Goreng Bawang






Ikan bilis digoreng dengan bawang ini adalah antara lauk kegemaran sejak kecil. Kalau masa dulu, saya akan masukkan sedikit gula. Maklumlah orang Kelantan kan suka makanan manis. Kalau cicah roti canai pun mesti diletakkan sedikit gula. Walau apapun persepsi yang dilemparkan pada orang Kelantan, saya tetap bangga dengan negeri kelahiran saya. Di sana tempat Bonda dan abang, kakak kakak serta adik saya menetap. Mereka akan selamanya menjadi insan kesayangan yang saya doakan setiap hari selepas solat. Masih terbayang bayang anak anak yatim di Rumah Anak Yatim dan Miskin di Jalan Kapar Klang yang kami kunjungi bersama group ETHICA tengahari tadi. Mereka tidak dapat membesar bersama ibubapa dan adik beradik seperti kebanyakan kita. Pastinya sesuatu yang menyedihkan bila tidak dapat membesar bersama kasih dan sayang ibubapa. Semoga mereka tabah dan mengharunginya dengan penuh kesabaran. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Hubby membawa balik banyak ikan bilis, udang kering dan ikan ikan kering selain ikan segar dari Tawau. Di Tawau, harga makanan laut sangat murah. Memang sakit hati bila mengenangkan harganya di sini. Semasa saya ke Tawau atas urusan tugas rasmi dulu, saya dibawa oleh seorang guru yang pernah mengajar di Semenanjung untuk melihat pasar basah untuk bagi saya rasa sakit hati katanya. Tapi lupa lah pulak namanya. Isterinya berniaga ikan kering di atas pasar itu juga. Semasa di sana, saya juga membeli banyak mutiara yang juga sangat murah berbanding dengan hatta pasar Filipina di Kota Kinabalu sekali pun.

Saya juga masih terkenangkan pemandangan ladang kelapa sawit sepanjang perjalanan ke Semporna. Paling mengujakan melihat air laut yang jernih menghijau di bawah restoran tempat kami menikmati hidangan makan malam. Hmm satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. 




Ikan Bilis Goreng Bawang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Segenggam ikan bilis 
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 biji cili padi

Cara cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing. Masukkan bawang putih dan biarkan sehingga bawang putih kuning.

Masukkan pula bawang besar dan cili padi. Setelah bawang besar layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




3 comments:

  1. Tadi pB pun goreng bawae , lado besar dgn daun kari. Pah tu gaul dgn ikae goreng. Makae dgn nasi panah panah....

    ReplyDelete
  2. yang simple mcm nie la yang akan buat bertambah nasi kak azie...:) saya pon kalo goring bilis bawang nie mesti nak letak sedikit gula..nak rasa masin manis pedas...:)sedappp

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie,
    Lauk simple ni pun jadi kegemaran saya dan anak-anak..makan dengan nasi panas, boleh bertambah-tambah nasi..diregukan pula dengan kicap hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.