Iklan

Iklan Nuffnang

4 Mar 2014

Ayam Masak Merah Sedap Dimakan Dengan Ketupat


 


Sebenarnya telah lama saya menyalin resepi ini. Saya  menjadi sangat teruja untuk mencuba sendiri resepi ini setelah membaca apa yang ditulis oleh penulisnya sebagai masakan yang sangat sedap. Resepi dipelajari dari mak ciknya ini telah menyebabkan beliau makan menambah dan meratah lauk sampai tak ingat orang di belakang. Inilah catchy statement yang membuatkan saya tak sabar untuk mencubanya sendiri. Memang sebelum menyalin mana mana resepi, saya akan membaca komen penulis mengenai hasil masakan yang telah dicuba. Saya percaya, penulis blog masakan terutamanya sangat jujur dengan perkongsian resepi yang diberi.







Balik kerja terus ke dapur menyiapkan bahan bahan dan terus memasak. Saya memasak menggunakan paha ayam yang dibeli di Giant. Maklumlah budak budak ni, bukan suka makan bahagian dada ayam. Semua mahu bahagian paha, jadi hubby beli semuanya bahagian paha. Tak perlu nak berebut rebut. Memang sedap Ayam Masak Merah ini walaupun Aween dengan Juita beritahu mereka tak suka rasa kacang tanah. Tapi pada pendapat saya, kacang tanah lah yang menjadikan ianya sedap dimakan dengan ketupat atau roti sebab ada ala ala Kuah Satay. Tapi kalau anak anak tak suka, memang susah untuk menyediakannya lagi di masa depan. Maklumlah kita memasak untuk hidangan buat anak anak.

Kalau ada yang nak mencubanya, bolehlah ambil resepi di bawah sebagai mempelbagaikan koleksi resepi masing masing....



Ayam Masak Merah Perak

Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (goreng separuh masak) 
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia 
1 btg kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
12-15 biji cili merah hidup (buang biji) 
Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)
1 sudu besar susu pekat
1/2 botol sos tomato 
Secekak daun sup (di potong)
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara
Hiris sedikit bawang dan halia untuk ditumis. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama rempah penumis sehingga wangi. 






Kisar cili merah hidup, bawang merah, bawang putih, halia dan kacang. Pastikan tak kasar sangat dan tak hancur sangat. Saya tumbuk kacang berasingan.





Setelah wangi masukkan bahan kisar dan sos tomato. Bila telah naik minyak, masukkan ayam, garam dan susu pekat.





Perlahankan api dan masak sehingga kuah agak pekat. Tabur daun sup dan tutup api. Sedap dimakan dengan ketupat atau dicicah dengan roti. 



8 comments:

  1. Sedapnyer tengok. Ini cara masak ayam masak merah orang Perak la ye. Ade kacang tanah pulak tuh. Mesti sedap. InsyaAllah nak cuba nanti. Terima kasih kak.

    ReplyDelete
  2. wahhh...lain dr lain resepinya...tertarik mas tngok..
    nk try la.. sbb mas pernah mkn kenduri kt kuala kangsar...ayam masak merahnya sedap sangat...mudah2an sama ngan resepi akak ni...
    kena buat dulu baru tahu kn kak..he3
    TQ yerk kak..mas nk try

    ReplyDelete
  3. mmg sedap lah resepi nie...terima kasih

    ReplyDelete
  4. Dah cuba tapi tak letak kacang tanah..
    Tapi memang sedap..tq yer

    ReplyDelete
  5. resepi dari seorang ibu pastinya hebat. . :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.