Iklan

Iklan Nuffnang

8 Feb 2014

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai






Maaf kalau ada yang tidak bersependapat dengan saya. Bekerja bagi seorang muslim adalah satu ibadah dan pahalanya menyamai dengan pahala seorang yang berjihad ke jalan Allah. Itulah antara kupasan hadis oleh Ustaz ibrahim semasa kuliah Zohor beberapa bulan yang lalu. Syaratnya kita berniat bekerja kerana Allah untuk menanggung ibubapa, anak anak atau membantu pasangan dan niat membantu mereka yang memerlukan dengan bersedekah. Malangnya pada pemerhatian dan pengalaman sendiri, tempat kerja atau pejabat adalah gedung untuk membuat dosa yang menjengkelkan secara nyata. Berlaku tidak adil, sengaja meletakkan kesalahan atau kelemahan sendiri kepada orang lain, menikam dari belakang dsb sangat sangat banyak berlaku. Belum lagi dikira perbuatan mengumpat dan membodek. Sekali lagi, alasan kerja tidak menghalalkan perbuatan perbuatan itu semua. 

Bukan saya mahu mengatakan bahawa saya lah yang terbaik. Tidak begitu. Ada kalanya saya perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati saya. Tetapi bak kata ustaz, ianya dibenarkan asalkan ianya bukan dengan tujuan untuk memburukkan individu tersebut. Tetapi sedaya mungkin, saya mengelakkan dengan tidak mahu sekali kali memburukkan atau sengaja cuba menjatuhkan orang lain. Saya sedih melihat senario ini berlaku di kalangan orang muslim sendiri yang mungkin terlupa mereka sedang beribadah. Setiap kali keadaan ini berlaku, saya akan cepat cepat menyerahkan kepada Allah supaya melindungi saya. Ada masanya saya tersenyum sendiri melihat gelagat seperti ini. Bukan ingin membangga tetapi cukuplah apa yang saya nikmati di dunia ini, semuanya telah lebih dari apa yang saya layak. Saya ingin bersedia menghadapi saat kematian yang pasti ditempuhi oleh semua makhluk di dunia ini. Ramai orang yang saya sayangi telah terlebih dahulu menempuhinya. Saya tidak mahu lagi ditipu daya dengan segala keindahan dunia yang sebenarnya tidak seberapa pun indahnya selain dari permainan semata mata. Saya hanya inginkan syurga, hanya ingin menyediakan diri untuk bekalan sebanyak mungkin di sebuah kehidupan yang abadi. Semua orang inginkan syurga tetapi hubungan kemanusiaan sangat lemah. Hmmm camner tuuu. 

OK lah setakat inilah dulu coretan dari hati... Kalau dah terpampang tajuk entri berkenaan ikan masak 3 rasa, bukan ikan luahan rasa, jadi eloklah kita bercerita bab resepi pula. Hari ini saya menyediakan Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai sebagai hidangan makan malam, lebih lebih lagi Nana ada di rumah selepas 2 hari berturut turut bertugas malam. Memang bercinta jugalah kerana sebaik sampai di rumah, saya terus ke dapur memasak Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai dan juga Masak Kerutuk Itik Serati. Nana komplen kerana saya meletakkan banyak sayuran. Bukan apa, tak nak membazir guna 1 biji tomato, 1 biji timun dsb. Kalau guna separuh, pasti yang separuh lagi akan jumpa Che Pah. Jadi saya banyak meratah sayur sebab nak menghabiskan sayuran yang banyak tu. Ada lah juga hikmahnya. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini...






Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan ikan:
1 ekor ikan siakap bersaiz kecil
Serbuk kunyit dan garam

Bahan sos:
3 ulas bawang putih - hiris
1cm halia - hiris kasar
8 biji cili padi - diketuk
3 biji cili merah - hiris
2 batang serai - dititik
1 batang bunga kantan - dipotong kecil (tak letak)
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan potong dadu:
1 biji bawang besar 
1 tin kecil nenas dalam tin (ganti dengan cendawan butang)
1 biji tomato buah
½ biji cili benggala merah
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala kuning
½ biji timun

Cara memasak:
Gaul gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.





Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.





Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan seketika.

Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.






15 comments:

  1. menu kita lebihkurang sama lah Zie, cuma kak noor guna meatball jom layannn

    ReplyDelete
  2. Assalam shj nak share hari ni sy dah cuba resipi mee sup Azie mmg sedap sgt. semua yg makan ckp sedap..TQ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis... nk tanya vantage pan grill tu mmg bole grg ikan ke... sis grg ada tutup lid dia tk ataupn biar buka je? Tgk gamba minyak sis tk letak byk... ikan mmg akan jd garing ke?
    **Sonia**

    ReplyDelete
  4. salam kak azie.. saya dah try kebanyakan resepi kak azie dan boleh dikatakan semuanya menjadi. Trima kasih kak azie. Suami pon dah puji saya dah pandai masak skrang

    ReplyDelete
  5. Kak Zie air cendawan butang bole guna tidak

    ReplyDelete
  6. Kak Zie air cendawan butang bole guna tidak

    ReplyDelete
  7. Hari ni first time nk try masakan siakap 3 rasa.terima kasih ats perkongsian resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....saye dah cuba buat...mmg sedap rempahnye...tapi ikan Nye lupa beliπŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

      Delete
  8. Assalamualaikum kak zie..saya nak ucapkan trima ksih atas semua resepi yang kak sumbang kan.. Semua nye sedap² belaka.. Saya harap Kak halal kan la resepi yang telah saya ambil.. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak² ye Kak..
    #dyla#
    Fb:keindahan pelangi

    ReplyDelete
  9. Minggu ni,, minggu kedua puasa nak cuba resepi ini..tq Cik Azie

    ReplyDelete
  10. terima kasih kak zie...moga ilmu yg di sampaikan ni dapat balasan yg baik dari Allah SWT..saya mmg tak pandai mask,tp bila try resepi kak zie..Alhamdulillah menjadi dan sedap

    ReplyDelete
  11. Semua resepi akk simple tp sedp...Aien....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.