Iklan

Iklan Nuffnang

4 Feb 2014

Catatan Perjalanan Ipoh dan Kuala Kangsar







Pemergian saya ke Ipoh kali sebenarnya bukanlah bercuti tetapi atas urusan tugas. Hubby telah meminta kakak ipar untuk memasak makan tengahari kerana telah lama kami tidak makan masakan beliau. Pelbagai lauk pauk yang disediakan menyebabkan saya menambah nasi sampai 3 kali. Antara lauk yang disediakan ialah Masak Tempoyak Ikan Merah, Ikan Siakap Masak sweet sour, Pajeri Nenas dan juga kacang panjang goreng serta Ikan kering Goreng.


 

Sebelah malam kami keluar makan berhampiran Padang Polo. Rancangan asal hanya untuk makan di depan dataran bandaran sahaja tetapi gerai masih ditutup dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina. Apa yang menarik ialah Nasi Goreng Ikan Rebus Goreng yang saya pesan. Memang sedap lebih lebih lagi saya memang suka makan ikan rebus yang digoreng. Apa sahaja kalau lauk ikan rebus, saya pasti berselera.
 

 



Keesokannya saya pergi ke Kuala Kangsar atas urusan tugas. Sempat juga membeli anak anak pokok yang dikawin yang dikatakan boleh berbuah selepas 1 tahun sahaja. Antara yang saya beli ialah anak pokok durian berduri hitam, nangka, mangga, durian belanda, jambu, cempedak durian dan akhir sekali pokok manggis tanpa biji. Buah durian berduri hitam ini dikatakan lebih sedap dari durian Musang King. Sempat juga saya masuk kedai kraftangan dan beli 1 biji saji rotan untuk rumah kami.



Selepas itu kami berjalan jalan dan berposing jap tepi sungai Perak sebelum singgah makan nasi berlaukkan Ikan Baung Masak Tempoyak. Aduhaai memang sedap walaupun lebih sedap lagi masak tempoyak di rumah kakak ipar. Hahaha homemade food lah katakan...




9 comments:

  1. Salam Puan Azie..
    Air tangan keluarga adalah masakan yang paling sedapkan....saya tak makan masak tempoyak tapi pajeri nenas tu kesukaan saya..

    p/s Saya cukup suka baca setiap coretan puan, tentang keluarga, percutian, masakan dan yang paling saya suka tentunya gaya hiasan rumah puan....kalau saya boring ke, sinilah tempat saya tenangkan jiwa saya...cerita puan dari 2011 hingga sekarang dah habis saya baca..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Azi, thank you so much. Feel so honored.

      Delete
  2. pB tak makan tempoyak

    ReplyDelete
  3. my home town... kuala kangsar. akak tak try rasa putu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida,
      Putu mcm mana dan di mana. Insya Allah, boleh cari kalau ke sana lagi

      Delete
  4. Putu mmg sedap,mkn panas2.Lain kl akak dtg mesti cuba tau. Klo tau akak dtg kk,ms tu jugak sy konon2 bersiar2 kt tepi sg tu,dpt nengok akak dr jauh jadiklh,segan..hihi..

    ReplyDelete
  5. salam rindu k azie...
    teman berbangga sbg org perak..hihihi..sdpkn msk tempoyak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.