Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 16 February 2014

Blueberries Cheese Tarts Dr Nana






Blueberries Cheese Tart ini disediakan Nana pada satu malam minggu yang lalu. Katanya teringin nak makan cheese tart. Dia dengan Aween ke Kedai Bagus untuk membeli bahan bahan yang diperlukan. Saya berpesan supaya mengambil gambar kerana sewaktu saya naik ke bilik, depa masih lagi menyediakan tart shell. Gambar diambil waktu malam, memang tak berapa cantik tapi bolehlah sekadar untuk menghias entri ini. Kalau mahu tengok gambar yang lebih cantik boleh klik di SINI.  Tart itu juga disediakan Nana. Sebenarnya dah lama juga Nana tak memasak atau membantu saya memasak. Boleh dikatakan setiap hari Nana tiba di rumah sudah pukul 11 malam. Bila dia tinggal di hostel, lagi lah jarang bersua muka. Saya selalu berpesan supaya bersabar kerana kesusahan hari ini akan berbaloi apabila telah mencapai peringkat doktor pakar. Semoga cita cita dan hasrat Nana untuk menjadi doktor pakar akan tercapai. Serius, saya kesian melihat anak anak bekerja sehingga malam. Nellisa pun sama. Apalagi bila mendengar Nana memberitahu penat bekerja. Kadang kadang Nana bertugas malam selama 2 malam berturut turut. Saya yang melihatnya juga terasa penat. Saya bersyukur kerana di zaman saya memasuki alam pekerjaan, keadaan tidak mencabar seperti hari ini. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan, untuk naik pangkat, untuk mendapat bonus dsb sangat sangat menduga kesabaran bukan sahaja anak anak tetapi juga ibubapa. 

Namun satu yang saya berpesan kepada anak anak, supaya jangan melakukan penganiayaan pada orang lain. Cari rezeki dengan jalan yang diredhai Allah. Apa apa pun saya berbangga kerana anak anak saya tidak lupa untuk membuat simpanan untuk masa depan mereka dunia dan akhirat. Selain saving biasa, Nana dan Nellisa juga tidak lupa menyertai program wakaf seperti wakaf Al Quran di rumah tahfiz, sumbangan derma masjid dan surau, menyumbangkan kepada kaum muslimin yang memerlukan bantuan di dalam dan di luar negara. Bukan niat saya untuk menunjuk nunjuk tetapi untuk memberi sedikit motivasi kepada kita semua untuk sama sama mengingati nasib dan mereka yang memerlukan bantuan dari kita. Cukuplah setakat ini  sekarang kita beralih pada topik kuih tart pulak.

Keesokannya sebaik balik dari kerja, saya ke dapur untuk melihat tart yang dibuat Nana. Aduhaai tinggal 2 biji sahaja lagi. Memang laku betul kalau tart di kalangan anak anak. Cuba kalau kita membuat kek, pasti terbiar jer di atas meja. Akhirnya saya sendiri yang kena menghabiskannya. Itulah agaknya saya diserang allergik apabila banyak makan makanan daripada tepung gandum seperti kek dan biskut. 

Jom kita tengok resepi yang saya tuliskan di bawah ini. Memang sangat sedap, apalagi jika dimakan sewaktu dikeluarkan dari peti sejuk. Nyaman gitewww.....




Blueberries Cheese Tarts
Menghasilkan: 24 biji 

Pastri:
100 gram butter (salted)
75 gram gula halus
200 gram tepung gandum
1 biji telur 
1/2 sk esen vanila

Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.  Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.

Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris. 



Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling. 



Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.

Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.



Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur 

Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.

Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit





Angkat dan boleh dihidangkan.  Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.





Nota
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai  ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.

Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.

Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.


5 comments:

  1. salam Azie, tercium wnagi cheesetart ni, baguslah tu anak2 dah pandai buat mommy rileks lah sikit kan, tunggu makan je

    ReplyDelete
  2. Saya dan anak-anak memang "hantu" cheesetart....selalu beli aja..:)

    ReplyDelete
  3. As salam
    Pn azie,
    Semalam sah cuba buat, alhamdulillah jadi dan sedap sangat..tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.