Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kediaman Ala Resort Yang Mendamaikan




Sungguh teruja dan sangat teruja. Walaupun kami telah sampai di rumah tetapi minda seolah masih berada di mahligai Yat dan suami yang berkonsepkan resort tropika yang sungguh indah. Ini adalah antara mahligai idola yang memberikan saya ilham dalam mereka bentuk rumah kami dahulu. Telah banyak kali kami ke sini dan setiap kunjungan saya pasti melihat ubahsuai yang dilakukan di sana sini.  


Sebaik pintu pagar terbuka menyambut kedatangan, saya terpegun seketika terasa diri seolah berada di sebuah villa percutian di Bali di antara pokok pokok hutan. Kalau lah tidak kerana rumah usang dari kayu cengal yang berusia lebih 100 tahun yang direkabentuk semula ini, pasti saya fikir yang saya telah tersalah rumah.





Rumah kayu yang sangat unik ini didirikan semula dengan sangat berseni supaya kayu dan tiang cengal digunakan dengan sepenuhnya. Daun pintu direka sebagai meja kopi, switch lampu zaman 70an digunakan dan pokok kayu dibiarkan bermesra di lantai beranda. Berada di beranda, terasa diri seolah berada di sebuah rumah kampung sambil melihat pokok pokok buah pulasan yang mula berbuah.





 
 
Kehadiran kolam renang menjadikan ambience kediaman ala resort ini sangat cozy. Selain kolam renang, perkara yang sangat mengujakan saya ialah bila melihat kejernihan air kolam bak air sungai yang mengalir jernih di celah celah batu. Kolam ini menggunakan teknologi baru yang tidak memerlukan water filter. Air yang dihasilkannya sangat jernih. Selain ikan koi, juga terdapat ikan ikan sungai seperti kelah merah, kelah biru dan kelah hijau yang menarik perhatian saya. Ikan yang berenang kegembiraan pula sangat memberikan kedamaian. Terasa sangat mendamaikan. 





Di hadapan beranda terdapat pula akuarium yang menempatkan ikan ikan Arowana yang sangat cantik. Inilah tempat yang terbaik untuk bersantai santai kerana suasananya sejuk dan mendamaikan dengan bunyi bunyian air terjun. Best jika dapat berbaring malas malas di kerusi sambil membaca surat khabar atau buku buku di sini.



Saya juga sempat meninjau ruang dalam rumah yang telah diubahsuai seperti tempat mengambil wudhu dan juga bilik bilik air. Saya tak naik ke bilik atas yang menurut hubby sangat unik rekaannya. Bilik air yang diperbuat dari dinding papan, terasa kita berada di dalam bilik sauna.





Ruang dapur juga telah diubahsuai di mana meja makan berada berhadapan dengan kolam renang yang membiru.






Selain meja makan tetamu, meja makan keluarga yang dibina kaunter juga mengadap pelantar kolam jacuzzi dan sauna.







Saya juga sungguh tertarik dengan laman herba Yat yang sangat friendly bagi mereka yang mengalami masalah untuk berkebun. Planter box dibina separas pinggang yang memudahkan kerja kerja berkebun dilakukan sambil berdiri sahaja. Tapi saya tak pula mengambil gambarnya. 

 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Kediaman Ala Resort Yang Mendamaikan"

  1. cantiknyaaaaaaaaaaaaaa... sangat cantik..

    BalasPadam
  2. lawa sungguh...kalu lah ado rezeki nok jgk ado rumoh gini...apapun syukur sbb ALLAH bg rezeki yg murah tuk hambanya...tumpang gembira...

    BalasPadam
  3. Sangat cantikkkk..terpegun dengan dekorasi..every single part..sgt perfect..

    BalasPadam
  4. cantiknya rumah tu...kalau sy pun suka rumah mcm tu.

    BalasPadam
  5. Sy anggarkan kos ubahsuai rumah ni mungkin dh cecah rm1 juta?

    BalasPadam