Iklan

Iklan Nuffnang

11 Jan 2014

Jus Durian Belanda Yang Sedap





Seperti mana orang lain, saya juga tidak lepas dari ditimpa kesusahan dan musibah. Namun saya berazam untuk menanganinya secara menguatkan keimanan saya kepada Allah Taala. Saya kuat dan mesti kuat. Saya tidak mahu mengalah pada apa jua halangan. Kerana saya hanya bergantung kepada Qadha Qadar Allah sahaja. Saya hanya meminta dan memohon hanya kepada Allah. Di dalam keadaan saya diuji dengan hebat, di dalam keadaan diri dilanda musibah, saya perlu yakin seyakin yakinnya bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya di luar kemampuan. Malahan di dalam Kuliah Zohor Ustazah Suraya pada hari Jumaat yang lalu dengan tajuk Asmaul Husna 27 As Sami' iaitu Allah Maha Mendengar segala rintihan, keluhan dan kesusahan di dalam hati kita. Tiada apa pun yang dapat didengar terlepas dari pendengaranNya meskipun tersembunyi, ghaib, rahsia atau bisikan. Saya yakin bahawa Allah akan memakbulkan apa sahaja hajat saya samada sekarang, masa hadapan atau di hari akhirat. Lagi pulak, setelah menikmati pelbagai nikmat Allah, maka nikmat apa lagi yang mahu aku dustakan? Ada dua hikmah yang dapat diambil dengan asma As-Sami' ini, iaitu:

1) dengan mengetahui bahwa Allah SWT Maha Mendengar, kita harus menjaga lidah kita. 
2) bahawa Allah hanya menciptakan pendengaran agar kita mendengarkan firmanNya dan kitabNya sehingga manusia dapat menerima manfaat petunjuk menuju jalan Allah.


Sekarang kita masuk bab Durian Belanda pula. Kenapa Durian Belanda? Durian Belanda memang merupakan buah yang telah biasa saya makan sejak kecil. Namun ketika itu, bukanlah saya makan kerana menyukainya tetapi kerana memang tiada makanan lain untuk dimakan selain dari buah buahan yang dipetik dari pokok atau tanaman yang ditanam sendiri oleh arwah ayah di kebunnya. Isi buah durian Belanda ini agak lembik apabila masak. Buah yang saya beli di Jaya Grocer di Valencia tempohari masih agak keras dan isinya belum cukup masak. Boleh tahan juga harga durian Belanda ni. Maklum seumur hidup belum pernah membeli buah durian Belanda. Kalau dulu, memang tak ambil tahu pun pasal durian ini tetapi sekarang bukan sahaja sukakan jusnya tetapi juga bercita cita untuk menanamnya di laman rumah kami. Sekarang sedang mencari cari benihnya. Buah ini juga dikatakan sangat tinggi khasiatnya dan mampu mencegah penyakit kanser. Insya Allah.







Tiap hari selepas balik dari surau, saya akan singgah di cafe untuk membeli jus durian belanda. Saya melihatlah cara cara mereka menyediakan blended sour sop tu. Mereka menggunakan isi durian Belanda yang telah dikisar dan diletakkan gula. Jadi kalau kita menggunakan durian Belanda segar lagi lah sedap seperti mana yang minum di Restoran Nasi Padang di Bali. Memang sedap. Inilah rupa isi durian yang telah dikopek dari buahnya. Kemudian kita simpan di dalam freezer. Kalau nak guna, cuma scoop dan masukkan ke dalam blender.



Untuk menyediakan airnya cuma perlu dimasukkan air gula secukupnya dan tuangkan susu segar. Agak agaklah ya. Kemudian masukkan ketulan ais dan blend sehingga ais menjadi hancur.









Tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk diminum. Kalau suka boleh juga diletakkan pearl yang hitam hitam yang selalu dimasukkan dalam Milk Tea di Cool Blog. Hahaha yang ni jer saya ingat sebab ini adalah antara minuman kegemaran saya.

8 comments:

  1. Salam Azie, kalau g cafe kat lanai, ni la minuman yg dioder... mmg very rich rasanya. addicted to it.

    harga durian belanda mmg x boleh tahan.. ari tu bli rm13.90/kg, tp sayang macam masih putik, x dapat la menikmatinya... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Kak Rose pergi ke Lanai mana?

      Delete
    2. MashaaAllah mahalnya.. Saya beli di pasar tuaran, sabah rm7/kg je..

      Delete
  2. Wow...soursop!! My fave! Refreshing!

    ReplyDelete
  3. Salam k.azie... Kalau nak benihnya blogger diana nie ada jual aritu benih durian belanda. Bolehlah tanya tanya kan kat diana nie...
    http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam k.azie..kat nursery sg buloh ade jual pokoknye..yg besar and yang kecik.

    ReplyDelete
  5. nak isi durian belanda atau purinya boleh tengok kat sini www.puriasli.com atau www.facebook.com/puriasli

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Hari tu ternampak iklan pati durian belanda kat fb... katanya 100% asli isi buah dan ada HALAL JAKIM.

    https://www.facebook.com/jutawandurianbelanda

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.