Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

8 Jan 2014

Daging Bakar Kelantan Kegemaran Saya






Sebelum itu, saya nak kongsikan petikan kuliah zohor oleh Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan uban. Riwayat Muslim, Anas bin Malik. Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang ada uban di rambut, akan memberi cahaya pada hari kiamat. Uban adalah satu tanda yang Allah SWT beri seperti mana disebut dalam Surah Fatir ayat 37. Biasanya bila ada uban, kita akan terasa tua dan mula memperbanyakkan amalan soleh. Jadi jangan cabut uban dan mencabut uban adalah makruh. Antara kelebihan mereka yang mempunyai uban ialah:
1. Terpancar cahaya di hadapan dan di kanan semasa meniti titian siratul mustaqim
2. Bagi setiap helai uban, ditulis satu kebaikan. 
3. Bagi setiap helai uban dihapuskan satu dosa
4. Bagi setiap helai uban, diangkat satu darjat
Jadi jangan sesekali mencabut uban ataupun mewarnai uban. 

Seperti yang dijanjikan dalam entri Nasi Kerabu Kelantan di SINI, saya akan kongsikan hari ini, cara menyediakan Daging Bakar stail Kelantan yang sangat sedap. Kebiasaannya daging bakar ini cukup sinonim dihidangkan bersama dengan nasi kerabu di Kelantan.




Sebenarnya daging bakar ini disediakan oleh sepupu saya Cikgu Wan Faizah. Dia membekalkan saya untuk dibawa balik pada Nana yang tak dapat turut serta kerana penat setelah 6 hari berturut turut bekerja dari pagi sampai jauh malam. 

Jom layan resepi daging bakar yang sangat sedap dan berperisa ini. Jika mahu sedap, pilihlah daging yang mempunyai sedikit lemak lemak...



Daging Bakar Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 biji cili kering
3 biji bawang besar
2 sb jintan putih
1 sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula pasir (lagi sedap guna gula Melaka)
11/2 sb garam

Cara cara:
Basuh daging dan tos dalam 2 jam supaya air benar benar kering. 

Kisar semua dengan menggunakan sedikit sahaja air untuk menggerakkan blender. 


Perap selama 2-3 jam sebelum daging dibakar di atas dapur arang. Semasa dibakar, renjiskan sedikit minyak. Selepas masak, hiriskan daging nipis nipis dan dihidangkan dengan nasi kerabu.


Boleh dicicah dengan sos lada hitam. 






17 ulasan:

  1. sedap ni kak zie! teringat kat wae sebab kami siap buat dapur arang bkr mengunakkan perange buluh..tapi bkr buku bsr..sebsr buku lima tapi wae punya simple jer sekadar garam dan kunyit hidup serta aji...tq sbb berkongsi..

    BalasPadam
  2. sama resepi mace ma ct punyo cumo xletok jintan bagai jer

    BalasPadam
  3. Daging tu boleh bakar dlm oven x? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tapi lambat lah masak. Jadi mungkin boleh hiris nipis sebelum bakar. Bakar guna dapur arang lebih sedap. }

      Padam
  4. Kak bakar pakai oven blh kee?

    BalasPadam
  5. As Salam..K.Azie perap tu kena letak dlm peti ais atau kat luar jek?

    BalasPadam
  6. Kak Azie, saya baru balik dari Kelantan. Ada satu kedai nasi kerabu di padang kala, melor, orang beratur nak beli. Daging bakar dia memang tip top, sampai sekarang saya terbayang-bayang :) Nanti nak try buat resipi kak Azie ni.. Terima kasih :)

    BalasPadam
  7. Salam k. Azie.. sy dh try resepi k.azie mmg tip top sedapppp.. huby ska ngan resepi br sy ni.. hihi.. tq k.azie

    BalasPadam
  8. Lahaiii simple sgat daging bkar ni

    BalasPadam
  9. klu rebus dlu daging tu boleh ker ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga direbus dulu tapi dagingnya dah jadi kurang lemak atau kurang juicy

      Padam
    2. Daging bkr slalu liat..mcm mana nk bg lembut dlu ye?btng pinang bnyk daging kerbau,pn kdng2 bnyk yg liat..nk guna daging part yg mana?yg kurang kos

      Padam
    3. Nk guna daging ape ye?slalunya daging bakar yg sy buat sumanya liat..guna btng pinang pn liat,btng pinang pn bnyk daging kerbau..klu nk guna daging lembu nk amik bahagian mana ye?ke nk kene rebus dlu untuk lembutkn daging tu?

      Padam
    4. Tumpang kongsi tips. Cuba guna daging top side atau steak. Klu beli kat penjual daging yg berpengalaman, sebut jer Jenis daging tu.

      Padam
  10. Assalamualaikum...saya tumpang share ye...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.