Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

22 Dis 2013

Sepagi Mengintai Si Tancho Di Hari Minggu






Aduhaai sejak dibawa balik Tancho, ikan koi koleksi terbaharu Dr Nana yang dibeli dari Atarikoi telah menyorok sehingga malam barulah ia keluar dari tempat persembunyian. Risau betul hati bila melihat ia tak keluar keluar. Bukan apa tapi takutlah ia digigit ikan Jelawat seperti mana ikan patin buah yang memakan semua ikan koi di kolam besar.





Kolam yang terletak di depan pintu masuk utama rumah memang hanya untuk koleksi ikan koi Jepun yang dibeli di kedai kedai ikan yang menjual ikan koi yang diimport terus dari Jepun. Ikan koi diimport dari Jepun memang berbeza dengan ikan koi yang dibiakkan di Malaysia. Ianya berbentuk lebih panjang dan berwarna terang serta bercorak menarik. Setakat ini kami mempunyai koleksi Kohaku, Sanke, Platinum Ogon, Gold Ogon dan banyak lagi yang saya tak pasti namanya. Kami hanya membeli ikan koi yang kecil sahaja kerana harganya yang mahal. Puashati melihat ianya membesar di kolam kami.





Sebelah pagi minggu, saya keluar dan duduk ditepi kolam untuk melihat Tancho. Hati mulai risau apabila ia tak keluar keluar walaupun saya menabur makanan. Hanya setelah tengahari baru saya nampak kelibat si Tancho, si kecil yang berbadan putih dan mempunyai tompok merah di atas kepala ini. Saya terus mengambil kamera dan snap gambar gambar Tancho.







5 ulasan:

  1. HOBI YANG SAMA DENGAN WAE SAYA.....NAMUN NIKEE TAK DAPAT TERUSKAN HOBI NI..KLU DULU SETIAP PAGI BANGUN DAN BERIKAN IKAN KOI MAKAN...SERONOK..

    BalasPadam
  2. yang putih bersih tu ke si Tancho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang badannya putih dan ada tompok merah di kepala dalam gambar 1 dan 2 di atas. Yang semua putih itu adalah Platinum Ogon

      Padam
  3. Yang semua putih tu (Platinum Ogon) nmpk klasik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tgk real, lagi klasik. Bukan putih tapi warna silver platinum.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.