Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

11 Dis 2013

Pesanan Buat Semua





Entah kenapa boleh dikatakan hampir setiap hari kuliah zohor adalah berkaitan dengan isu isu kematian. Bukan kematian yang patut ditakuti tetapi kehidupan selepas kematian. Bagus jika kita selalu diingatkan kerana ianya dapat melemahkan nafsu. Nafsu sukakan benda benda jahat.

Sempena akhir tahun ini, saya ingin membuat pesanan kepada diri sendiri supaya redha dan bersabar dengan apa jua ujian yang Allah beri. Dan pada masa yang sama bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Bak pesanan Ustaz Ibrahim Muhamad kepada saya supaya mulai sekarang fokuskan diri kepada memperbanyakkan amalan soleh sebagai persediaan diri sebelum kematian. Kematian adalah perpindahan alam dari alam dunia ke alam barzakh. Ianya pasti terjadi, apalagi pada kita yang semakin hari semakin meningkat usianya. Dalam Al Quran disebutkan ganjaran syurga untuk orang beriman dan neraka pula untuk orang kafir. Tidak ada disebut pula azab untuk orang Islam yang fasik. Kenapa? Kerana azab untuk orang Islam yang fasik adalah sama dengan azab untuk orang kafir. Yang beza hanyalah orang Islam fasik berada dalam Iradat Allah.

Pesan Ustaz Ibrahim dalam kuliahnya tadi adalah supaya sebelum keluar bekerja, berniat untuk keluar mencari rezeki untuk menanggung keluarga atau menanggung ibu bapa atau menanggung diri sendiri, bagi yang belum berkahwin. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang seseorang yang keluar bekerja, maka ia berada pada jalan Allah. Pahalanya adalah seumpama berjihad ke jalan Allah. Semuanya dapat pahala dari perjalanan pergi sehingga perjalanan balik. Bekerja adalah satu ibadah. Tetapi dalam menjalankan pekerjaan, jangan menunjuk nunjuk atau menganiayai orang. Bukan sahaja pahala tak dapat tapi dapat dosa. Bila mendengar perkataan dosa, tidak ramai pun yang takut. Itu sebab ramai pemimpin yang berbuat ketidakadilan dan aniayai kepada staf bawahan. 

Jika kita telah membuat dosa, kenalah bertaubat. Dalam kuliah, Ustaz Ibrahim juga kongsikan hadis berkenaan kisah seorang pemuda yang menghadapi saat sakaratul maut. Sakaratul maut adalah keadaan sakit, loya, mabuk, pitam dan pening sebelum mati. Rasulullah bersabda, Jangan kita mati sehingga kita mempunyai di dalam hati 3 perkara iaitu:

1. Berharap kepada Allah;
2. Takut akan dosa dosa yang telah lalu;
3. Berbaik sangka dengan Allah bahawa Allah akan kurniakan harapan kita. Allah akan berikan keampunan pada dosa kita dan berbaik sangka yang Allah akan memberikan keampunan, Allah akan berikan kita syurga dan segalanya. 

Manakala Ustaz Noralif pula di dalam kuliahnya mengajar cara cara mengajar orang yang sedang dalam nazak untuk mengucapkan kalimah syahadah. Jangan kita bercakap atau berkata perkataan lain seperti mengucap, redha, ingat Allah dsb. Sebaliknya ajar kalimah Laa ilaahailAllaah. Apabila dah mendengar ianya diucap, jangan diulang lagi. Cukup hanya sekali supaya akhir Qalam adalah kalimah syahadah. Selepas itu, jika orang sakit mengeluarkan perkataan lain seperti air, sakit dsb, maka kita ulang mengajarnya sekali lagi. 

Semoga entri ini dapat memberi sedikit pengajaran dan pesanan kepada saya dan buat kita semua. Janganlah ingat bila kita berkuasa di dunia ini, kaya dsb kita boleh memandang rendah pada orang lain dan sesuka hati menganiayai orang yang tidak terdaya. Jangan orang Islam menganiayai sesama Islam sedang orang kafir bertepuk tangan kegembiraan. Tak berbaloi pun...



3 ulasan:

  1. Azie,terima kasih kongsikan ilmu.... sangat berguna untuk orang selalu leka macam kak rose ni

    BalasPadam
  2. saya mesti nak jengah blog akak...tak pernah miss..terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  3. Terima kasih kak berkongsi ilmu..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.