Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

17 Dec 2013

Penghijrahan Di Tahun Baru - Hidup Adalah Perniagaan




Sempena tahun baru 2014 yang akan menjelma tidak lama lagi, saya inginkan kongsikan petikan kuliah Ustaz Abdullah Lutfi Al Fathani semasa Maal Hijrah baru baru ini. Hidup di dunia adalah ibarat berniaga. Berniaga dengan Allah. Surah ke 61, ayat 10-12. Wahai orang beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? 

Kita berniaga di dunia sekarang ini, dapat untung banyak tapi belum tentu selamat di akhirat. Jadi perniagaan macam mana yang boleh menyelamatkan diri dari azab? Ayat 11, iaitu kita beriman kepada Allah. Penat lelah masa yang dikorban kerana agama ini, dikira berniaga yang untungnya sangat besar. Untungnya diambil di sisi Allah di akhirat. Keluar rumah untuk ke masjid, habis petrol 50 sen adalah dikira modal berniaga, di mana untungnya berlipat kali ganda. 

Bentuk bentuk perniagaan adalah dengan cara beriman kepada Allah, beriman kepada Rasulullah dan akhir sekali berjihad ke jalan Allah dengan harta dan jiwa. Jangan kita tak buat urusan perniagaan semasa kita masih hidup di dunia ini. Rugi kerana tak dapat mengambil untung di akhirat kelak. Mungkin kita ada buat perniagaan seperti bersolat tapi belum tentu solat diterima, belum tentu betul, belum tentu kusyuk. Bangun malam bersolat, berzikir, semuanya dikira sebagai berniaga. Orang munafik berniaga juga tapi tak ada untung, disebut dalam surah Al Baqarah Ayat 16. Orang orang munafik membeli kesesatan. Kita kena minta supaya bukan seperti orang yang dimurkai Allah dan orang orang sesat yang tidak dapat petunjuk. 

Orang berjaya dunia tak semesti berjaya di akhirat. Cara untuk dapat keduanya ialah dengan beriman dengan Allah, beriman dengan Rasulullah dan berjihad dengan harta dan jiwa. Dapat untung perniagaan di dunia, labur ke jalan Allah. Dunia boleh dijadikan akhirat. Setiap perkara yang  boleh disentuh, ditengok, dirasa dan dicium bau, semua nya adalah dunia. Akhirat tak boleh sentuh, rasa dan lihat. Sementara nyawa masih dikandung badan, sama samalah kita melakukan penghijrahan dengan menanamkan azam untuk tahun baru 2014. Jangan terpesona dan terpedaya dengan dunia yang penuh tipu daya....

5 comments:

  1. As salam kak....tazkirah yg bermakna drp akak...Semoga amalan kita sentiasa diberkati ...walwahualam

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Azie. Memang lumrah manusia, kadang-kadang terlalai dengan nikmat dunia. Thanks for sharing this with us. :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak azie,salam kenal..:)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal kak,suka follow blog akak :-D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.