Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

9 Dis 2013

Kunjungan Sahabat Istimewa




Telah lama saya menunggu saat ini di mana sahabat kami Puan Yat  dan hubby, Encik Sani datang ke rumah kami. Sejak pagi saya mengajak Aween bersiar siar sekeliling rumah untuk mencari idea tentang ruang untuk menambahbaikan. Tujuannya supaya bila Yat datang, saya boleh meminta pendapat beliau pula. Mereka berdua adalah antara sahabat yang banyak membantu kami dalam mereka bentuk dan membina rumah ini. Malahan mahligai mereka yang ala ala resort lah yang banyak memberikan kami ilham dan inspirasi. 






Saya sangat mengkagumi kreativiti serta semangat Yat dan hubby dalam menrealisasikan kediaman mereka. Ada ada sahaja ubahsuai yang dibuat sejak mereka mendiami kediaman atas tanah keluasan lebih dari satu ekar tersebut. Sebenarnya terdapat banyak persamaan antara kami terutama dalam bab mencari sendiri bahan bahan untuk pembinaan dan hiasan rumah. Seperti saya, mereka juga mencari kayu belian sejauh Tawau semata mata ingin mendapatkan kayu terbaik dan eksotik. 

Saya sangat gembira kerana dengan kunjungan ke rumah mereka yang mempunyai ciri ciri villa percutian di Bali telah menyebabkan hubby kembali bersemangat untuk melihat semula sistem penapisan kolam ikan di rumah kami. Masih terbayang bayang kejernihan air kolam seumpama anak sungai di lereng lereng bukit dengan ikan ikan berenang keriangan. Citarasa kami dalam memilih ikan juga ada persamaan di mana kolam mereka di huni ikan kelah merah, biru dan hijau, ikan lampan, ikan kerai, ikan patin dan banyak lagi ikan sungai lain. 





Kunjungan ke rumah mereka pada hari minggu yang lalu seolah menjadi titik permulaan kepada saya untuk kembali menghias Villa Nur Qaseh yang telah lama terpinggir dek kekangan masa. Saya seolah dapat membayangkan apa yang diimpikan selama ini akan menjadi kenyataan.




8 ulasan:

  1. Rumah Kak Azie memang cantiklah... I saw from the pics in your posts. Elegant!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan syukur atas rezeki yang Allah kurniakan.

      Padam
  2. cantik..sy jugak suka konsep ada kolam ikan.

    BalasPadam
  3. cantiklah rumah akak..hopefully sy dapat rumah cmni 1 ari nanti..aminnn

    BalasPadam
  4. Salam Aunty. I was looking for a recipe to make the chicken for Nasi Ayam and I stumbled upon this blog. So I was scrolling up and down, and at this post I was like, "Wait, macam kenal je this lady (Mama), tengok sebelah, eh, Papa!". Haha. Yat and Sani are my parents. What a small world! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aly.
      Ya what a small world. How are you now? Was made to understand that you are graduating soon. Congrats.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.