Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Dis 2013

Ketenangan Di Hari Minggu Bersama Japanese Koi



 

Kebetulan sekali semasa Aween mengajak berjalan jalan sambil menengok nengok ikan koi di Atarikoi, saya juga dalam keadaan mencari sesuatu yang boleh menenangkan minda. Bosan sebab tak ada apa yang nak dibuat. Sekembali dari mengaji di rumah Kak Kamariah, saya membuat ulangkaji dengan mengaji di day bed yang bersebelahan kolam ikan. Terasa sekali ketenangan bila membaca kalam kalam Allah yang merupakan mukjizat Nabi Muhamad SAW untuk umatnya yang boleh dipegang dan dibaca serta kekal sehingga hari kiamat. Selain Al Quran, tentu sekali ikan koi adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang mendamaikan bila melihat corak yang cantik dengan warna terang menarik yang pasti tak menjemukan. Kebetulan Nana, young Doctor in the house yang sekarang sedang bercuti sementara menunggu memulakan tugas di OnG pada keesokannya juga berminat dengan ikan koi, maka kami pun sepakat untuk ke Atarikoi selepas solat Asar. 





Seperti biasa lah, walaupun hajat asal hanya untuk melihat lihat sahaja tapi Nana berkenan dengan ikan koi yang dikenali sebagai Tancho iaitu ikan koi berwarna putih dan hanya mempunyai tompok merah di kepala. Kesian melihat dia begitu beria ia mahukan ikan itu, saya pun membelinya. Selepas itu, ditunjukkan pula ikan koi dari Jepun yang dibuat clearance sales, jadi ambil lagi seekor. Tetapi oleh kerana telah lama tiada ikan baru di kolam koi kami, mereka mencadangkan supaya ikan kami di kuarantin dulu selama seminggu di kolam mereka sebelum boleh dipindahkan ke kolam di rumah kami. Memikirkan harganya yang mahal, kami hanya bersetuju. Ikan koi yang diimport dari Jepun sangat cantik warnanya dan harganya juga mahal berbanding dengan ikan koi Jepun yang dibiakkan di sini.

Memang seronok berada di sini, ikan ikannya cergas dan akan naik ke permukaan memuncungkan mulut bila kita melalui kolam. Ada yang boleh dipegang dengan tangan. Memang sangat jinak. Kolam besar pula menempatkan ikan ikan yang sangat sangat membuatkan hati kita cair meleleh leleh melihatnya. Serious, it really make your heart melted. Besar saiznya, cantik pulak corak dan warnanya, berenang pula dengan lemah gemalai. Memang tiada bahasa untuk menggambarkan betapa hati sangat tenang bila melihat koi secantik itu berenang keriangan di kolam yang air nya jernih bak kristal. 


 


Aduhaai kami meninggalkan Atarikoi dengan hati yang sungguh gembira. Aura dari kecantikan dan ketenangan ikan koi terasa seolah tersimbah ke dalam hati. Ya Allah terima kasih atas ketenangan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Saya yakin dan seyakin yakinnya bahawa Allah sentiasa bersama saya. Saya tersenyum bila membaca baris baris dalam buku You Are the Best yang berbunyi rasailah bahawa setiap perbuatan dan perkataan kita diperhati dan direkod setiap masa. Kita tidak boleh berbohong kerana segalanya akan ditayangkan suatu masa kelak. Walaupun mereka tidak mahu mengakui sumbangan saya tetapi hakikatnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Jangan risau, jangan gundah gelana kerana hari yang dijanjikan pasti tiba untuk perhitungan....




Balik dari sana, kami singgah di  Sunway Giza untuk minum snow ice cream yang merupakan kegemaran anak anak. Sesampai di rumah, sempat menegur ikan ikan koi Jepun kami yang sebenarnya juga cantik.... Di sinilah syurga bagi kami sekeluarga, di Villa Nur Qaseh.




7 ulasan:

  1. Cantiknyaaaaa ikan2 koi nie...

    BalasPadam
  2. Salam Kak Azie. Saya suka membaca tentang kehidupan seharian Kak Azie. Saya juga suka membaca perkongsian kuliah-kuliah agama yang Kak Azie catatkan. Terasa tenang di jiwa dan minda. Saya ingin sekali bertemu dengan Kak Azie. Buat masa ni anak-anak masih kecil, jadi saya tunda hasrat nak melancong luar negara. In Sha Allah, kalau tertulis jodoh, bertemulah kita satu hari ya Kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, Tilah. Semoga suatu hari kita dapat bersua muka.

      Padam
  3. snow ice cream tu apa nama kdai ke akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa namanya. Dalam Sunway Giza berdepan dg Village Grocer

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.