Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

23 Dis 2013

Happy Birthday, Kakak






Happy birthday kepada anakanda kami yang tersayang, Nana yang menyambut hari jadinya pada hari ini. Semoga Nana yang dipanggil kakak di dalam keluarga akan berjaya dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Ameen.





Sebelah petangnya anak anak ikut hubby mengambil saya di pejabat. Manakala Nelly pula terus dari pejabat ke sana. Ke mana? Paradigm Mall? Biasanya setiap minggu saya akan lalu di hadapan Paradigm Mall semasa pergi dan balik dari mengaji di rumah Kak Kamariah. Tak pernah pula terlintas di hati untuk mengunjunginya. Wah ini first time saya ke sana. Seperti biasa lah, setiap kali ada sambutan harijadi di kalangan kami, sebelah malamnya kami akan meraikannya dengan keluar makan malam. Untuk hari jadi Nana, kami sepakat untuk makan malam di Italiannies. 

Antara menu yang dipesan oleh anak anak ialah lasagna dan spaghetti. Untuk saya pula, adalah salmon kerana saya masih dalam berpantang makan. Hahaha pantang makan atau pantang jumpa. Apa apa lah ya. Yang penting dapat makan free...








Selepas makan, kami meronda ronda di dalam mall menemani anak anak bershopping dan Nana pula bershopping pakaian kerja. Sebelum balik, kami singgah di kedai cermin mata. Dah lama saya menengok nengok sunglasses bagi menggantikan sunglasses Dior saya yang dicuri orang. Hati seronok bukan kepalang, bukan sahaja dapat sunglasses baru tapi kami semua dapat pula duit belanja dari birthday girl. Terima kasih, Kakak. Semoga Dr Nana diberikan rezeki yang murah dan barakah. 







8 ulasan:

  1. cantiknye anak akak.. Happy birthday to her :)

    BalasPadam
  2. cantik Dr Nana.. happy birthday, doc!!

    BalasPadam
  3. Happy Birthday kepada Nana! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah swt dunia dan akhirat. Moga menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan ibu bapa, bangsa, agama dan negara. Amin...Ya Rabb!

    BalasPadam
  4. salam kenal kak dari saya
    http://dapurkayumamaana.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Nampak makin kurus doktor muda ni...

    BalasPadam
  6. saya suka resepi dari blog akak ni..da cuba a few recipe dr blog ni dan hasilnya x mengecewakan..t.kasih yer...:)

    BalasPadam
  7. happy birthday to Dr Nana. Best tgk anak2 dah besar...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.