Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

28 Nov 2013

Percutian Bali Yang Sangat Menyeronokkan





Sebelum meneruskan catatan hari terakhir perjalanan ke Bali. Saya ingin memaklumkan bahawa hari ini adalah hari yang sangat bersejarah dalam hidup kerana ianya adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Pagi pagi lagi, hubby telah mengucapkan "Happy Anniversary". Semoga perkahwinan kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ameen. OK lah kita tinggalkan dulu berkenaan tarikh bersejarah itu dan sambung kembali catatan percutian ke Bali. Hari terakhir di Bali, kami hanya keluar selepas check out pukul 12.35 tengahari di mana Pak Sumadi yang menjemput kami kerana Pak Sigit mempunyai urusan keluarga. Selepas sarapan, seperti biasa Aween telah menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang. Selepas itu, masing masing tidur seketika sementara menunggu waktu solat zohor sebelum check out.

Ketika check out, saya komplen kepada pihak hotel yang ingin mengenakan bayaran sebanyak IDR20,000 kerana Aween telah tertumpah air minuman di atas tuala. Bukan besar pun jumlahnya, tapi sebab banyak perkara yang saya tak berpuashati dengan pihak hotel termasuklah tidak membenarkan kami menyambung 2 meja semasa bersarapan walhal sehari sebelumnya tidak ada masalah. Akhirnya, mereka akur apabila saya hanya mahu membayar gantirugi sebanyak IDR10,000 sahaja. 



Dari hotel, kami telah meminta dihantarkan ke Duty Free Mall, Galleria yang memang menjual barang barang berjenama sahaja. Masuk sekejap ke Matahari yang ala ala Mydin di tempat kita. Selepas itu, kami minta dihantarkan ke Jalan Seminyak untuk mencari barang perhiasan rumah tapi memang tidak selesa apabila terpaksa melintas jalan jalan yang sibuk. Akhirnya, kami meminta dihantar ke Kuta Square. Dalam perjalanan, ternampak restoran nasi padang, kami minta Pak Sumadi singgah di situ. Tapi memang mengecewakan kerana sudahlah masakannya tidak sedap, sejuk pula tapi harganya lebih mahal dari Restoran Minang Sederhana yang kami makan pada hari pertama kami sampai di sini. Selain itu, tiada air jus dijual menyebabkan keinginan kami untuk meminum air jus segar tidak tercapai.

Di Kuta Square, kami hanya berjalan jalan dan singgah minum ais krim di Mc Donald dan membeli barang souvineer sahaja. Selepas itu, kami dibawa ke Toko Bali untuk mencari kek lapis yang Nelly beli untuk kawan kawan pejabat. Oleh kerana sekarang adalah kebetulan dengan musim mangga harum manis, saya pun membelinya untuk dibawa balik. Memang murah kerana harga sekilo adalah IDR10,000 sahaja berbanding dengan harga di Toko Bali yang lebih dari IDR20,000 sekilogram. Saya juga membeli sekilo Salak Gula Pasir di Krisna yang dikatakan sangat manis. Harganya pulak sangat mahal iaitu IDR97,000 berbanding dengan Toko Bali yang hanya IDR70,000 sahaja. Tapi saya tak membelinya kerana mahu membeli sekali dengan mangga harum manis. Aduhai jimat untuk mangga tapi kena bayar lebih pulak untuk buah salak. Inilah kali pertama kali saya dapat makan mangga harum manis dari Bali yang memang sedap, sangat sedap, serius sedap. Haaa bayangkan betapa sedapnya tu. Manis giler. Tapi sayang kerana anak anak yang turun membelinya, makanya buah yang diberi oleh penjual adalah buah yang telah lembik dan terlebih masak. Separuh dari nya cuma boleh dibuat jus mangga sahaja. Sehari sebelumnya, saya telah membeli Salak Pondoh di Discovery untuk dimakan sambil saya berjalan jalan di situ sambil mengunyah isi buah salak. Semasa di Krisna, sempat snap kereta ferrari kepunyaan tuanpunya Toko Krisna yang mempunyai plat nombor yang sangat cantik.



Selepas beredar dari Krisna, kami terus ke Jimbaran untuk makan malam dengan makanan laut yang memang telah ada di dalam agenda percutian kami. Hubby telah siap siap memberi peruntukan belanja untuk makan malam di situ kerana dia tahu harganya yang mahal. Memang setiap kali ke sini, kami mesti ke Jimbaran untuk menikmati makanan laut yang segar. Sambil makan, kami dihiburkan dengan persembahan seni tarian Bali.







Kami memesan seekor ikan jenahak putih untuk dibakar, udang dimasak mentega, sotong dimasak mentega dan digoreng celup tepung. Sotong celup tepung sangat sedap dan rangup. Begitu juga dengan ikan bakar dan pencicahnya juga sangat enak. Cuma saya tak berapa berpuashati dengan masakan udang dan sotong mentega yang tidak sama dengan apa yang saya mahukan. Mungkin cara masakan mentega mereka berbeza dengan cara masakan mentega di tempat kita. Jadi kalau ke Jimbaran lagi, kena betul betul terangkan jenis masakan yang kita mahu, kalau boleh bawa contoh gambar sekali. Gambar di bawah adalah makanan laut segar yang dipilih dan masakan yang telah siap untuk hidangan makan malam kami.













Semasa di situ, sempat update hubby melalui whatsApp di mana hubby mencadangkan supaya kami ke Kuta Square lagi, dan tidak ke airport kerana masih terlalu awal untuk ke airport. Setuju dengan cadangan hubby supaya kami bershopping lagi dengan baki duit rupiah, kami telah meminta Pak Sumadi membawa kami ke Discovery. Kali ini, memang tak banyak masa kerana mall akan ditutup dalam masa 1 jam. Hanya sempat membeli parfum untuk hubby, Boy dan Nelly sahaja. Juita pulak mahukan parfum Marc Jacobs yang tidak ada dijual di situ.



Selepas mall ditutup, kami terus ke airport dan memang kena menunggu agak lama sebelum boleh check in. Sambil sambil itu, kami melayan internet ler. Apalagi nak buat, kan? Dah lah tu, punya sejuk aircond di dalamnya. Selepas check in, kami ke surau untuk solat. Suraunya sangat besar dan lengkap dengan kemudahan mengambil wudhu. Sempat lagi membuat last minute shopping sementara masih menpunyai baki rupiah. Beli 2 biji bantal untuk tengkuk. Best juga kerusi tempat duduk di duty free shop. Cantik diperbuat dari rotan.



 
Kemudian kami menunggu di kawasan pelepasan. Mula mula best jer dapat baring atas kerusi, kemudian terdengar pengumuman pertukaran pintu berlepas. Bila ke sana, semua kerusi telah dipenuhi, terpaksalah duduk di lantai. Maklumlah nak berdiri, hampir sejam setengah juga. Nasib baik ada free wi fi, jadi sambil duduk, sambil layan internet. 

Masuk sahaja dalam kapal terbang, kami terus tidur kepenatan. Flight kami tiba di KLIA pada pukul 7.30 pagi. Singgah membeli coklat sebelum balik ke rumah. Apa apa pun, percutian ini amat menyeronokkan. Pertama kali, saya melihat anak anak begitu gembira dan saling tolong menolong. Mereka yang melakukan segala galanya.



10 ulasan:

  1. Bali memang best kan... Mohon izin kak zie.. Saya nak link ke blog sy blog akak nie. Tq

    BalasPadam
  2. Restoran Sederhana selalu jadi pilihan kami kalau ke Indonesia. Byk cawangan, sedap dan murah.

    BalasPadam
  3. tkasih. saya memang ingin ke sana.

    BalasPadam
  4. Happy anniversary kak zie..semoga dicintai selalu..ameen

    qistcupcakes

    BalasPadam
  5. Bali memang best... damai... saya nmpk akak kt Awana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam. Nmpk masa kat mana? Kenapa tak tegur tadi.

      Padam
    2. Segan la kak Azie... sy nmpk hubby akak hari sabtu masa check in.. tp x nmpk akak... pg td breakfast baru nmpk akak.. terus je ckp dgn sepupu tu la kak Azie yg sy selalu ikut blog dia... lbh2 lagi masakan kelantan..hehe...

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.