Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

9 Nov 2013

Azrinaz Mazhar Hakim Lagi







Ini adalah sambungan dari entri lepas berkenaan Azrinaz Mazhar Hakim, bekas Pengiran Isteri Sultan Brunei yang memang tengah hebat membina empayar perniagaan sendiri. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Pada saya, beliau seorang wanita yang hebat. Bangkit dari kegagalan dengan semangat waja. Tidak membiarkan diri diulit kenangan silam. Biar apa pun yang diperkatakan, beliau tetap melangkah dengan yakin dan bergaya. Saya sangat mengagumi semangat kental ini yang sebenarnya tidak mudah untuk dilakukan. Sekarang kita beralih pada topik pakaian yang ingin saya kongsikan pada hari minggu yang sangat mendamaikan ini.

Gara gara meminati Azrinaz Mazhar Hakim, setiap kali mengunjungi gedung fabrik Euro Moda, saya pasti mengintai kain yang sama dengan baju yang digayakan Azrinaz. Sejak beliau berkahwin dengan Sultan Brunei, boleh dikatakan setiap gambar beliau yang disiarkan dalam website Keluarga Diraja Brunei disimpan dengan rapi dan dimasukkan di dalam CD juga. Jadi saya memang boleh mengecam corak corak kain pakaian beliau. Kalau boleh setiap corak fabrik pakaian beliau, ingin saya miliki. 

Ini adalah fabrik pertama yang saya temui. Berulang kali juga saya ke sana, berkali kali juga berfikir sebelum membelinya. Tapi dek kerana berkenan dengan baju yang dipakai Azrinaz semasa majlis hari raya di istana selepas beliau berkahwin, saya pun membelinya. Hahaha fesyen baju saya simple jer, tak bolehlah ikut macam dia. Nanti tak terbayar lak duit tailoring.  





Hati seronok bukan kepalang bila akhirnya berjaya menemui kain kedua yang sama dengan pakaian Azrinaz. Lama juga untuk saya menjumpainya. Ianya berbunga besar dan berwarna terang. Terus terang, kalaulah bukan kerana melihat baju yang dipakai Azrinaz, saya pasti tidak berkenan dengan kain ini sewaktu melihatnya. Maklumlah saya bukan suka fabrik yang bercorak bunga bunga besar. Hahaha minat punya pasal, yang tak cantik di mata saya pun menjadi cantik dan semuanya mahu ditiru. Yang lain lain, tak termampulah nak tiru. Suami dan anak anak pun cukup sporting dan membenarkan saya membelinya. 







Inilah baju saya yang dijahit iaitu baju kurung simple dan diletakkan sedikit manik di leher dan lengan. Hasilnya sangat mengembirakan saya. Saya jarang pun memakai baju ini, hanya dipakai sekali sekala ke majlis majlis kahwin. 







14 ulasan:

  1. Dua2 baju tu cantik! Kita pun sama...dah tengok orang pakai baju tu cantik kita pun barulah nak grab satu padahal masa mula2 tengok tak berkenan pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihihi..happy jugak baca kesah kak Azie ni..

      Padam
  2. ewahhh... cayalah kak azie, memang cantik kainnya

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Aduh. Tinggi sangat pujian tu. Hmm malu

      Padam
  4. Baju yg 1st tu cantik. Memang sesuai dgn kak azie. Bila lah boleh jumpa dgn kak axie in person ye. Selalu gak ternampak en.ghani kat petronas kora dsara
    Pst...saya geng prudential jugak..hihihi

    BalasPadam
  5. Sambil jalan-jalan, singgah........memang adik manis!

    BalasPadam
  6. Azie pun putih gebu juga. Pakai apa saja warna pun tetap manis.

    BalasPadam
  7. salam kak azie...cantik manis bergaya...lagi-lagi dengan kain yang jenis limited mcm ni...:D
    by the way...suka sangat cuba resipi-resipi kak azie shared...alhamdulillah semua menjadi....:D

    BalasPadam
  8. Salam kak azie,

    Nampak ayu dan elegan sekali..

    BalasPadam
  9. Wah.....bukan calang orang kak azie tiru..hihi...salam perkenalan kak..seronok blogwalking kt sini..dr resepi sampailah cerita peribadi.

    BalasPadam
  10. Ade kat mane baju tu kak..berape harga kainnya kak oiii

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Cantiknyer Baju yg pertama tu. Mmg ngam lah ngn Kak azie. Nampak elegant n glam. Simple tp elegant...Tu yg penting...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.