Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

3 Okt 2013

Terima Kasih, Intan






Pertemuan secara tidak sengaja di Gerai Selera Pantai Timur telah menjalinkan satu persahabatan dengan Intan dan suaminya Wan yang juga my statemate. Sebenarnya pada pagi itu, saya tergesa gesa untuk bersarapan sebelum kembali ke hospital bagi urusan kemasukan ke ward. Semasa sedang menengok nengok menu untuk sarapan, saya terpandang seorang wanita yang sangat cantik berkulit putih kemerahan persis wanita Kelantan sedang memilih kuih muih, tersenyum ke arah saya. Senyumannya membuatkan saya tiba tiba menjadi malu dan merasa serba tidak kena. Saya hanya membalas senyuman beliau sambil terus memilih makanan untuk bersarapan. 

Apabila dia memberi salam dan menegur, barulah saya tahu yang Intan mengecam saya kerana beliau ada mengikuti blog Azie Kitchen. Serius, di waktu itu, saya terasa sangat malu. Melihatkan kemesraaan Intan dan suami, terasa seolah kami mempunyai "chemistry" menyebabkan saya memberi nombor telefon saya kepada Intan dan kami berbalas whatsApp sementara menunggu rawatan yang diberikan oleh doktor. 

Sekembali dari pejabat Intan dan suami telah singgah menjenguk saya di ward sehari sebelum saya dibenarkan keluar. Betapa saya sangat terharu dengan kedatangan mereka. Terima kasih Intan dan Wan.  





4 ulasan:

  1. Kak Azie,

    perkenalan dan persahabatan nih kadang kadang datang tanpa kita duga pun, pelbagai cara. Keep on writing kak :)
    semoga sihat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah azie dah keluar wad. Muga Allah memberikan ganjaran yang lebih buat azie..su doakan semuga azie semakin sehat dan byk2 rehat k.
    Love
    suhaila

    BalasPadam
  3. As'kum Azie... awak nampak kurus...Harap skrg dah ok ya... banyak2kan berehat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa saya sedari, berat badan dah berkurangan sebanyak 6kg. Sesuatu yang agak memeranjatkan.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.