Iklan Nuffnang

Revenuehits html

Iklan

14 Okt 2013

Muffin Vanilla Dengan Kismis





Sebelum tu, jangan salah faham pulak. Saya menyediakan muffin ini sebelum saya disahkan allergik dengan tepung gandum. Itupun saya hanya memakannya 2 biji sahaja dan selebihnya saya menghantar ke rumah adik adik berdekatan kawasan perumahan kami. Saya memyediakan muffin ini pada hari itu pun, memang tanpa dirancang. Sambil bersarapan, saya memyediakan adunan apabila melihat bahan bahan yang digunakan sangat simple. Semudah membuat cucur gandum jer. Muffin adalah sesuatu yang sangat simple dan cepat disediakan. Secara asasnya, satukan  bahan kering dan bahan basah, kacau dan tuang ke dalam muffin cup. Sedia untuk dibakar. Pendek kata, kalau kita mempunyai tetamu di rumah pun, masih sempat menyediakan muffin dan menghidangkannya.






Resepi muffin ini saya ambil dari blog Corat Coret Nina MirzaMuffin ini sedap juga lebih lebih lagi di makan semasa panas panas walaupun saya suka makan muffin atau kek yang telah sejuk. Tapi saya masih suka cupcake dari muffin yang teksturnya agak kasar. Itu kiranya minat dan kesukaan masing masing lah kan. Saya membakar muffin hanya cukup cukup masak sahaja bagi mengekalkan kelembapannya. Jadi warnanya tidak cantik keperang perangan. Lagi pulak, saya dah tak mengikut arahan dan tips yang diberi Nina iaitu oven mesti betul betul panas dalam 20 minit dulu dan menggunakan suhu 180-190C. Memang agak kurang berpuashati dengan kejadian muffin hari ini. 

Jom kita tengok resepi yang saya olahkan sedikit mengikut bahasa sendiri...



Muffin Vanilla Dengan Kismis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
11/4 cawan susu segar
1/2 sudu kecil vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula kaster
Secubit garam

Bahan C
Kismis 

Cara-cara:
Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk.  Buatkan lubang di tengah-tengahnya

Dalam mangkuk yang lain, whisk telur, esen vanilla dan kemudian masukkan minyak dan susu. Kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam Bahan B. 





Kacau rata secara kaup balik memggunakan senduk (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa) 

Biarkan adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2 kali dan tuangkan adunan ke dalam sebanyak 3/4 muffin cup.





Letakkan kismis kat atas dan dalam muffin tadi. Yang dalam, ditekankan ke dalam. 





Bakar muffin oven yang telah panas pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga kekuning-kuningan. 


3 ulasan:

  1. saya pun slalu gak buat muffin ni k.azie. fav anak.

    BalasPadam
  2. Salam Idul Adha Azie. Allergi tepung gandum? sorrylah...kakpb tak baca entry lepas2. Parah tu....boleh kurus dibuatnya.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.