Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

21 Oct 2013

Manisan Cair aka Nnise Cair Yang Mengimbau Kenangan





Rasa saya semua orang Kelantan terutama generasi lama tahu apa itu Nnise cair. Nnise cair atau bahasa baku ialah Manisan Cair diperbuat dari air tuak atau nira kelapa yang dimasak sehingga menjadi nnise cair. Jika terus dimasak dan dikacau sehingga pekat, akan menjadilah pulak gula Melaka atau orang Kelantan panggil sebagai Nnise. Memang sudah berpuluh tahun saya tak menemui nnise cair apalagi memakannya. Rasanya sejak pemergian arwah ayahanda saya, langsung tiada nnise cair di rumah pada musim perayaan. Arwahlah yang sangat menggemari nnise cair untuk dicicah dengan ketupat lemak. Zaman dulu, nnise cair lah yang dimakan dengan ketupat, tiada rendang atau lauk lain seperti hari ini.





Semasa balik ke kampung sempena Hari Raya Korban baru baru ini, saya terjumpa gerai yang menjual nnise cair. Apalagi, terus menyambar 1 botol dengan harga RM7 jer. Oleh kerana ketupat yang dibekalkan Kak Yah adalah ketupat manis berintikan sambal daging, tak dapatlah nak cicah nnise cair. Nanti terlebih gula dalam badan lak.





Hari minggu selepas raya, hubby menempah lemang lemak dan lemang jagung. Hmmm mana lagi kalau bukan lemang 3 brothers di Kg Melayu Subang yang sangat sedap terutama lemang jagung nyer. Aduhhaaai sedap nyer dapat dicicah dengan nnise cair ni. Serius hilanglah keinginan untuk menikmati makanan semasa kecil yang sangat nostalgia. Selain dicicah dengan ketupat, nnise cair ini juga sedap dimakan bersama sagu Gula Melaka atau Cendol dengan Santan. Rasanya jauh lebih sedap dari air gula Melaka tau. Alaa yang gula Melaka dimasak dengan air untuk menghasilkan air gula Melaka tuu. Tak sama rasanya dengan nnise cair ni tau... 







5 comments:

  1. Sama la mcm arwah ayh saya pun Kak Azie...suka mkn ketupat pulut hitam yg chek buat cicah nnise cair...rindunya saat2 bersama arwah..:'(

    ReplyDelete
  2. sebelum ni saya ada ke kelantan, ada nampak orang jual air tuak dekat tepi jalan. boleh ke kita minum air itu, saya rasa seriau pulak dengan perkataan tuak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sedap tu. Orang Kelantan panggil air nira kelapa sebagai air tuak.

      Delete
  3. nampak menyelerakan la. mesti lemak lemang jagung tu...

    ReplyDelete
  4. Salam..tumpang iklan,ada sesiapa berminat dengan nise cair boleh contact
    013-2129124

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.