Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Okt 2013

Ikan Aji Aji Masak Kicap Pedas






Seperti biasa sebelum bercakap pasal masakan, saya ingin berkongsi berkenaan intipati dari kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad pada hari khamis yang lepas di mana dikongsikan hadis yang diriwayatkan oleh  AtTarmizi, A'ishah, di mana Nabi Muhamad SAW bersungguh sungguh berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis berada di tingkatan kedua dari puasa rutin. Puasa paling tinggi ialah selang sehari, kedua berpuasa Isnin dan Khamis dan ketiga berpuasa 3 hari iaitu 13-15 setiap bulan hijrah. Ada sebab baginda bersungguh sungguh berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana dibentang amalan mingguan pada hari Isnin dan Khamis. Jadi baginda suka amalan dibentangkan dalam keadaan baginda berpuasa. Doa mustajab ialah doa orang yang sedang berpuasa. Jadi berpuasa dapat menyokong pada suatu amalam supaya diterima Allah. Maka amalan kita mudah diterima. Apa kata kalau kita sama sama mengamalkannya dengan bersungguh sungguh setelah kita mengetahui kenapa Rasulullah melakukannya...

Hari minggu yang lepas, semasa tercari cari tempat untuk bersarapan, saya telah ke Pasar Tani Kota Damansara setelah semua kedai yang dikunjungi masih ditutup. Hajat hati hendak mencari nasi dagang tetapi tidak ada pulak gerai yang menjual nasi dagang hari tu. Alang alang dah ada di sana, saya terus singgah di gerai menjual ikan. Bila ternampak ada Ikan Aji Aji, terus membelinya. Biasalah sangat mahal ikan ikan sekarang. 3 ekor ikan Aji Aji dan 3 ekor ikan kerisi, harganya lebih RM21. Ikan pun bersaiz kecil sahaja.

Saya mula mengenali ikan Aji Aji ini semasa di kampung. Ikan yang mempunyai isi yang putih dan lembut ini dikenali juga sebagai Ikan Tauhu. Bonda saya memasak Percik Ikan Aji Aji. Memang sedap. Selain percik, ianya juga sedap dimasak kicap ataupun kari. Kali ini saya memasak Masakan Kicap Pedas Ikan Aji Aji untuk makan tengahari kerana kebetulan semua anak anak ada di rumah. Sebaik balik dari mengaji, saya terus ke dapur untuk memasak. Selain Ikan Aji Aji masak kicap, saya juga memyediakan Tempe Goreng Dengan Ikan Bilis di SINI dan Sup Tulang menggunakan daging Korban di SINI. Jom kita tengok resepi saya...



Ikan Aji Aji Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan Aji Aji - lumur garam kunyit dan goreng
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb cili kisar
3 biji cili hijau - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam & gula
Kicap 
Sos tomato
Sos tiram
Sedikit cuka

Cara cara:
Kisar bawang bawang dan halia. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan dimasukkan cili kisar. Terus menumis sehingga cili kisar menjadi masak dan garing.





Masukkan sedikit air, kicap, sos tomato, sos tiram dan sedikit cuka. Masak sehingga mendidih.

Akhir sekali, masukkan bawang dan cili hiris dan sesuaikan rasa. Masukkan garam jika belum masin dan sedikit gula. Tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.





2 ulasan:

  1. Akak mintak copy resepi yer..
    Nampok sedak lah..Nok keno try wk jgk nie...

    BalasPadam
  2. Sedappnyee nampak! K.azie pakai kicap masin ke manis eh..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.