Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

31 Okt 2013

Ice Cream Maker






Ice cream maker ini dibeli secara online dari Walmart, USA. Oleh kerana shipping tidak dibuat ke Malaysia, saya telah menggunakan alamat cousin yang menetap di Houston, US sebagai alamat untuk delivery selepas mengetahui yang mereka akan kembali ke Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan. Tapi sayang semasa mereka balik, kami tak sempatpun bertemu kerana hubby menpunyai urusan kerja di luar kawasan.

Sejak itu, adalah beberapa kali saya menyediakan sendiri ice cream yang rupanya tidaklah sesusah mana jika kita menpunyai peralatan yang diperlukan. Boleh klik di SINI dan di SINI. Sebelum digunakan, ice cream maker perlu dimasukkan ke dalam freezer terlebih dahulu. Selepas dimasukkan bahan bahan yang diperlukan, cuma klik ON sahaja. Ianya akan mengisar sendiri bahan bahan sehingga menjadi halus dan berkrim. Wow sangat sedap bila ice cream dibuat sendiri. Boleh mempelbagaikan rasa mengikut selera kita sendiri.





ini adalah antara gadjet kesayangan saya selain KitchenAid mixer yang juga dibeli di USA. Memang seronok jika kita mempunyai peralatan memasak di dapur kerana kita boleh menyediakan apa sahaja yang kita inginkan.




2 ulasan:

  1. Cool..You can now produce delicious ice creams...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.