Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

16 Okt 2013

Hari Raya Korban Yang Perlukan Pengorbanan






Ini adalah kali pertama, anakanda saya Nellisa melakukan ibadah Korban bersama sama saya. Walaupun tidak dapat bercuti selepas Hari Raya Aidil Adha, saya tetap balik untuk melakukan ibadah ini. Nama pun Hari Raya Korban kan. Bak kata Ustazah dalam kuliah pada hari Jumaat, kita mesti merasa yang ianya berat untuk kita, baru kita merasa pengorbanan yang dibuat. Dalam kata mudah, kalau orang yang berduit dan kaya raya, tentunya tak merasa apa apa untuk membayar RM400 untuk 1 bahagian korban berbanding anak anak yang baru bekerja seperti anak saya. 




Oleh kerana kami menginap di Chalet Sudara Beach Resort sepanjang bercuti kali ini, jadi kami bersarapan di rumah kakak sebelum ke surau untuk menunaikan solat raya. Selepas itu, barulah ke rumah kakak sulung untuk penyembelihan lembu untuk ibadah korban. Kebiasaannya kakak akan membeli lembu dan dibela terlebih dahulu sehingga tiba waktu korban. Sementara menunggu lembu disembelih, kami makan sekali lagi nasi berlauk kerutuk itik serati. 






Sementara daging disiang dan dilapah, kami telah bersiap siap menyediakan bahan bahan untuk memasak daging korban untuk jamuan makan tengahari. Seperti tradisi tahun tahun sebelumnya, daging digoreng garam kunyit bersama hati, limpa paru dsb. Hmm memang terasa kemanisan daging yang sangat fresh. Hanya dimasukkan lada hijau dan bawang besar sahaja. Walaupun ringkas tetapi sangat sedap. Selain itu, disediakan juga Singgang Tulang dan Gulai Daging Buku Besar menggunakan rempah gulai Kelantan. 








Selepas makan, kami balik ke chalet untuk mengemas barang dan bersolat. Saya sempat mandi terlebih dahulu sementara anak anak mengangkat barang barang ke kereta. Kami pergi semula ke rumah kakak untuk mengambil lauk pauk yang saya mahu bawa balik untuk Nana dan Boy. Kami bertolak balik ke KL pada pukul 2.30 petang.



3 ulasan:

  1. Salam Aidiladha buat Kak Azie n family...Sedapnya menu2 tu Kak ...rindu saat2 melakukan ibadah korban di Klate...menu yg sama yg chek saya akan masak..daging goreng, singgang tulang dan gulai..rindunyaaaa especially waktu arwah ayh masih ada...:-(

    BalasPadam
  2. salam aidiladha kak azie & family.

    BalasPadam
  3. Salam Aidiladha kak...singgang daging baru sekali saya rasa ketika berhari raya di kelantan... ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.