Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

9 Oct 2013

Food Allergy?







Ramai yang menghantar mesej melalui email dan facebook bertanyakan perkembangan terkini masalah food allergies yang saya hadapi. Seperti yang mungkin ramai pembaca blog saya ketahui ialah saya telah secara tiba tiba berada di dalam kebingungan apabila injection steroid dan ubat ubatan antihistamine tidak memberi kesan kepada rashes seperti gegata yang muncul di seluruh badan. Tidak seperti sebelumnya di mana satu injection telah cukup untuk menghilangkannya. Setelah 4 hari dimasukkan ke ward, saya dibenarkan keluar atas permintaan saya walaupun tiada perubahan yang ditunjukkan. 

Pada hari pertama di rumah, saya begitu ketakutan melihat bengkak dan tompokan merah di seluruh badan. Hampir sahaja, saya mengajak hubby ke hospital semula. Pada hari kedua di rumah, saya mula membuat persiapan mental dan menerima hakikat bahawa saya disahkan mengalami alahan kepada beberapa jenis makanan seperti gandum, daging, seafood dan makanan mengandungi yis. Saya mula melihat bengkak yang muncul di badan sebagai satu proses detox dan elimination iaitu pembuangan segala toksin di dalam badan. Saya juga mula tidak mahu mempedulikan bengkak baru yang keluar di sana sini tanpa lagi merasa geli. Jika dulu saya merasa geli melihat bengkak seperti ini kerana ianya seolah digigit ulat bulu. Saya melihat bengkak bengkak yang berbenjolan itu sebagai peta dunia yang mengasyikkan. Saya tidak lagi mahu merasa stress dan kecewa setiap kali melihat kemunculannya. Lagi pun, apa pilihan yang saya ada selain dari menerima keadaan dengan seadanya. Saya percaya yang akhirnya ia pasti pergi, ia pasti berlalu. Saya bersyukur, kerana tiada kesan parut ditinggalkan.

Apa yang penting ialah untuk saya menjaga kebersihan dan mengubah tabiat makan dengan serta merta. Saya membasuh dan menukar cadar, sarung sofa, membasuh throw cushions dan membersihkan habuk dan debu. Saya memasang anti allergen mattress and pillow cover dan spray anti allergen dust mite di sofa, tilam dan bantal. Namun aspek pemakanan adalah satu yang lebih mencabar. Saya menjadi agak stress dan tertekan apabila saya melihat senarai makanan yang tidak boleh diambil seperti kuih muih berasaskan tepung gandum, kek yang merupakan kegemaran saya, biskut, roti yang saya gemari untuk sarapan, roti canai, bun, pastries dan banyak lagi. Ianya seolah kejutan dan saya menghadapi krisis untuk memikirkan apa yang boleh diambil terutama semasa bersarapan. Saya kini mengambil nasi lemak kosong tanpa sambal. Hanya makan dengan ayam goreng atau ayam masak rendang sahaja. Selebihnya saya hanya makan pelbagai buah buahan untuk mengisi perut yang kelaparan. Saya juga perbanyakkan mengambil air kosong.

Suatu malam, our BFF Dr Sabariah dan suami singgah menziarah saya sebelum berangkat menunaikan fardhu Haji telah mencadangkan supaya saya mengambil makanan berasaskan organik. Telah sampai masanya untuk saya menghadiahkan diri saya dengan sesuatu yang lebih sihat dan berkualiti. Selain itu, saya juga memilih untuk menukar cara penyediaan makanan yang lebih sihat dengan menggunakan minyak sayuran seperti minyak jagung dan juga minyak zaitun.

Setelah hampir 2 minggu, gegata yang sebelum ini keluar dengan banyak mula beransur kurang jumlahnya. Hanya satu atau dua rashes baru yang kelihatan memjengah. Yang paling saya stress sekali melihat ianya keluar di atas kelopak mata sehingga mata pun terasa pedih dan berat. Ia nya sangat mengganggu kerana mata terasa pedih. Setiap hari saya tunggu untuk melihat perkembangan seterusnya.... Setiap hari adalah detik yang ditunggu. Saya percaya pada rahmat Allah yang tidak terhingga....

15 comments:

  1. Semoga Puan Azie cepat sembuh, seperti sedia kala..amiinn.

    ReplyDelete
  2. Btoi Azie, smpai stu tahap kita akn menerima dan buat tak tahu je...lg pn bkn kita x brusaha cuma belum jumpa ubt yg serasi, in shaa allah smua da hikmahnya

    ReplyDelete
  3. amik antihistamin pown tak reda jugak? selalu kalau alahan doc akan bg ubat nie. akak kena g check up nie. get well soon ea sis. :)

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Smoga Pn Azie masih dapat bersabar. Smoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. syukur kak zie.....kalau akak nk cuba pasang medi klein di ruangan bilik tidur dan tetamu..nikee memasang utk bilik tido serta dalam kereta bila travel....boleh membantu juga utk clearkan air serta menyenangkan kita utk bernafas..amat sesuai utk org alahan serta asma

    ReplyDelete
  6. salam.. kak azie, allergic gluten ek??

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Azie...
    Semoga cepat sembuh seperti sedia kala dan bersabar dengan ujian dari yang maha esa.
    Setiap ujian yang diberikan pasti ada rahmat yang tersembunyi.....wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Salam kak azie
    adik saya pernah mengalami keadaan seperti ini, hampir setiap malam akan keluar bengkak2 n gatal2 ini, macam2 dah try n last sekali dia telah mencuba minum air ribena setiap hari dan Alhamdulillah gatal2 berkurangan dan terus hilang. mungkin ia serasi dgn adik sy tapi kak azie bole juga kalau nk cuba...mana tau kan...semoga cepat sembuh...aamin

    ReplyDelete
  9. Salam, Kak Azie.. sy rasa Kak Azie juga kena elakkan ikan2 yang berekor tajam.. makan ikan yg berekor bulat sahaja.. kalau kak Azie tak fhm perbezaan ikan ekor tajam dengan ekor bulat, harap Kak Azie bleh whatsapp sy, 012-7799705.

    semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  10. Setiap ujian Allah ada hikmahnya. Semoga dipermudahkan dan semoga Azie cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. Assalam..semoga cepat sembuh kak Azie..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. moga akk cepat sembuh.. suka follow blog akk. mmg best. time kasih byk share ilmu.

    ReplyDelete
  13. Salam. Terpanggil utk komen di sini selepas sekian lama menjadi silent reader Pn Azie. Saya tahu mngenai blog ini slps membaca mjlh Nona & kebetulan sya juga suka meninjau blog masakan. Saya baru2 ini juga diserang allergy & rashes seluruh badan gara2 berpindah rumah & terdedah kepada habuk (dust mites). Ambil ubat di pharmacy & chinese singseh 'tak jalan' sehinggalah saya jumpa pakar kulit & beransur pulih slps injection & dpt 3 jenis ubat2an. Pakar kulit cadangkan saya avoid seafood & jgn mkn ikan kembung & ikan pari kerana blh aggravate the condition. Sekadar berkongsi. Saya doakan Pn Azie sembuh spt saya. Wsalam.

    ReplyDelete
  14. kak azie kuat semangat. semoga sembuh cpt & terus berblog

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.