Iklan Nuffnang

Iklan

19 Okt 2013

Coconut Shake Yang Tengah Meletop





Saya ni kira dah ketinggalan juga dengan selera makan anak anak muda sekarang. Kena belajar dengan mereka. Malahan kalau pergi makan, mereka yang akan memilih menu dan membuat order. Masa beredar dengan cepat, kalau dulu kita yang mengajar mereka apa yang sedap dimakan dsb. Tapi kini keadaan menjadi sebaliknya. Kita pulak yang belajar dengan anak anak.

Saya pun baru tahu betapa popularnya Coconut Shake di Seksyen 6 Kota Damansara. Sejak mengetahuinya dari Nana, saya pun mengajak dia mencari Coconut Shake, saja jer nak tahu bagaimana hebatnya rasa minuman yang tengah meletop tu... Tapi setiap kali ke sana, gerainya ditutup sehinggalah suatu hari nampak dibuka, terus saya dan hubby singgah membelinya. Dalam hati tertanya tanya apalah sedap sangat minuman ni. ish ish selera budak budak muda ni, sangat tak boleh dijangkakan. Alahaai selera orang muda muda pasti tak sama dengan selera kita yang lebih suka minum air kelapa sahaja. Itulah bisik saya sorang sorang di dalam hati.




Sekembali dari majlis pertunangan anak Dato Dr Junaidy di SINI, kami singgah lagi kerana Aween memesan supaya membelinya. Waah terkejut lah gak melihat orang ramai yang beratur panjang. Hubby pun ikut  beratur. Hampir setengah jam beratur belum lagi tiba giliran dan barisan di belakang pun lagi panjang. Yang beratur pulak, bukannye budak budak muda tapi orang dewasa pun ramai. Hmmm agaknya mereka pun membeli Coconut Shake yang dipesan oleh anak anak seperti kami juga lah kot.






Kalau ada yang nak merasa Coconut Shake, bolehlah mendapatkannya di gerai yang terletak di Seksyen 6 Kota Damansara. 


5 ulasan:

  1. adoiiii coconut shake...memang meletopsss sedapnya

    BalasPadam
  2. apa rasanya azie? sedap ke?...alahai KD telah lama aku tinggalkan...insyaallah kalau ada urusan di sana lagi bolehlah try.

    BalasPadam
  3. Merasa yg beli belum pernah lagi..teringin, terpaksa buat sendiri... Huhuhuuu..

    BalasPadam
  4. coconut shake ni dh lama popular di kelate...hehhe

    BalasPadam
  5. Salam Kak Azie...kita pon minat coconut shake jugak heheh...yg kat seksyen 6 ni lom try tapi yg kat bazaria pantai dalam pernah try...memang sedap!! pada tekak saya laa...addicted sampai tetiap minggu minum hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.